Dalam setiap perhubungan, pasti ada momen di mana kamu mulai curiga dengan pasanganmu, kan? Perangainya semakin berubah, tak lagi seperti di awal percintaan kalian. Jangan terkejut, ini mungkin salah satu petanda si dia mula menduakanmu!
1. Selalu mengelak berjumpa kamu Ada saja alasan yang si dia beri setiap kali kamu ajak keluar date. Katanya, “Maaf saya ada meeting” atau “Kawan saya ajak lepak tengok bola malam ni”. Kadangkala alasan tak masuk akal pun ada!
2. Gelabah bila kamu pegang telefonnya Si dia tak senang duduk bila kamu bermain dengan telefon pintarnya dan segera merampas dengan alasan, “Saya nak e-mel bos sekarang.” Ini sangat suspicios! Gerak tubuhnya boleh membantu kamu mengesan tanda si dia sedang menipu. Mungkin dia ada apps seperti Tinder, JustDating, Tantan ini yang senang dapat dating girls tu!
3. Banyak nombor misteri Bila kamu periksa contact list si dia, ada banyak nombor dibiarkan tak bernama. Besar kemungkinan nombor-nombor misteri itu adalah wanita yang si dia sedang bermain asmara. Cuba selidik, kalau betul si dia menipu, minta penjelasan.
4. Bekerja hingga lewat malam Banyak pula kerja si dia sejak dua-menjak ni. Mesyuaratlah, acaralah, bincang bisnes projek barulah, hari-hari kerja overtime sampai tak ada masa langsung untuk kamu. Besar kemungkinan, si dia bukan jumpa klien tetapi ‘ke lain’. Oops!
5. Si dia banyak follow wanita seksi di media sosial Kamu perasan si dia banyak like gambar wanita tak kiralah di Facebook atau Instagram. Tambah parah, kalau si dia ada Wechat pula. Ramai pula wanita-wanita hot yang dia follow. Nah, kamu dah boleh agak apa yang sedang berlaku, kan?
6. Tiba-tiba mahu ‘dapper than ever’ Selama ini si dia tak pernah kisah tentang penampilan. Tapi, sejak akhir-akhir ini dia sudah menukar stail baru, wangian baru dan jadi lebih concern dengan penampilan diri. Kepada siapa dia mahu show off? Kamu atau ada orang ketiga? Fikirkan.
|