Budak - budak Kuala Lumpur 100 tahun yang lalu bermain di kawasan persawahan.
Kerbau dalam foto ini mungkin daripada kerbau yang dibawa dari Bentong, Kuala Semantan Pahang dan DungunTerengganu iaitu perniagaan yang diusahakan oleh Hj. Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. Harga kerbau dibeli di Pahang $20 seekor manakala di Terengganu dibeli $14-16 seekor dan dijual semula di Kuala Lumpur dengan harga $40 seekor. Kerbau dari Pahang mengambil masa 3 hari dan dari Trengganu mengambil masa 16 hari untuk sampai dibawa ke Kuala Lumpur mengikut jalan denai hutan.