Post time 26-10-2019 02:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah beli terung, udang dan taucu tamin. Terung masak lembik2 sikit. Tumis bawang putih bawang besar cili kering masukkan taucu udang dan terung. Sedapnya..tambah2 bila rasa pedas2 masin.
Post time 29-10-2019 10:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Terung mama suka masak lemak putih. Bubuh isi ikan rebus, kasi pekat berlemak kuahnya tu.
Masak cili berkicap pun sedap tp kalau boleh guna minyak zaiton (terung kuat serap minyak)
Terung ni mama selalu guna utk buat patties. Gantikan ubi kentang yg tinggi karbo dgn terung yg kurang carbo tp tinggi serat. Sebenarnya bagus utk kurangkan risiko diabetic. Bakar terung pjg dlm oven. Dah empuk, lenyekkan mcm mash potatoes. Campur dgn bhn2x lain utk hasilkan patties.
Post time 3-11-2019 05:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Satu lagi resepi terung yg sedap dan patut cuba
Omelet terung/ terung telur dadar
Bahan-bahan diperlukan:
4 biji terung
4 biji telur
Garam dan serbuk paprika secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
Bakar hingga betul2 masak (kulitnya hitam)
Basahkan tangan dan lurut terung utk keluarkan kulitnya.
Kemudian guna garpu dan penyek2kan terung.
Celup terung dengan telur dan goreng atas pan dengan sedikit minyak. Guna nonstick pan lebih mudah....tak perlu guna minyak banyak.
*Sumber dr myresepi
Post time 25-11-2019 02:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
1st time my mil tanam terung di kebun nya.baru je keluarkan hasil nya tp iols xdpt rasa la sbb jauh tercampak di selatan tanah air . hanya mampu melihat di wasap family group sajork dik ipar tepek kasi panas line..jahat heshe khen ..pastu terus iols pi beli terung kat kedai..potong nipis2 celup telur then celup tepung bestari zass sedap mkn panas2 dgn nasi
goreng dulu terung tu, tumis bawang macam biasa, tumis cili blender, masuk garam, sos tomato sikit, nak berkuah letak air sikit, masukkan ayam yang dah digoreng, ayam dah salut kuah baru masukkan terung, sedap sangat, sesuai untuk orang malas masak sayur
Dulu masa sekolah asrama, lauk terung paling dibenci. Rasa ngeri nak makan sayur warna ungu. Baru tahun lepas mula cuba-cuba makan terung. Pajeri terung paling sedap.