|
Masa
andai bole diputar kembali
pasti yang buruk akan dibaiki
yang tiada pasti akan diganti
tidak ada yang tidak lagi
-sekiranya manusia berpeluang memutarkan masa,pastinya manusia akan gunakan sebaiknya untuk menjadikan yang terbaik dalam hidup mereka.
yang lepas mungkin tidak kembali lagi
yang jauh pasti juga akan ditempuhi
kalau dapat ditukar ganti
emas bukanlah sebagai pengganti
-perkara yang lepas pasti tidak kembali,masa hadapan tetap jugak akan ditempuhi,sekiranyadapat dibuat penggantian,emas pun tak bernilai lagi.
waktu yang ada manfaatkan sepenuhnya
bersama keluarga rakan dan agama
jika terleka sedarlah saudara
yang tersisa tidaklah berapa lama
-gunakan masa yang ada sebaiknya, luangkan lebih masa bersama keluarga, rakan-rakan dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan meyenangkan. sekiranya telah hanyut,cepat-cepat la sedar kerana masa yang tersisa hanyalah sedikit. Hidup manusia di duni adalah singkat sahaja.
jika kita bijak aturkan
semua kerja pasti terlaksana
jangan leka dibuai kemalasan
nanti akan menyusahkan badan
-tiada yang mustahil sekiranya bijak percaturan kita mengatur kehidupan. Segalanya mampu dilakukan, cuma jangan kita terleka dan bermalasan kerana malas tidak membawa kebaikan kepada hidup manusia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2019 12:28 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Closed
. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|