View: 4204|Reply: 3
|
Norsiah pelihara seni kraf tangan kelarai sambil tambah pendapatan
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU, 16 Feb -- Kepakaran ibu mentuanya menghasilkan anyaman kraf tangan, menyemai minat dalam diri Norsiah Yakub untuk mempelajari seni warisan itu sedekad lalu.
Bermula dengan sekadar memerhati ibu mentuanya, Hopol Galaung, 69, menganyam kraf tangan, Norsiah, 36, kemudian mencuba sendiri dan akhirnya jatuh cinta dengan keindahan seni warisan berzaman itu.
Ibu tiga cahaya mata itu berkata hasil tunjuk ajar ibu mentuanya, beliau kini mahir membuat kraf tangan daripada kelarai iaitu lapisan kedua kulit buluh hijau yang diproses untuk dibentuk menjadi dompet, bekas pensil dan beg tangan selain 'takiding' yang biasanya digunakan untuk membawa barang.
"Ketika mula-mula belajar menganyam dulu macam-macam perasan ada, rasa mual, muntah, pening pun ada, macam masa mengandung. Jika saya berhenti ketika itu, mungkin saya tidak akan dapat belajar dan boleh menganyam," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Norsiah mengakui bukan mudah untuk menyiapkan anyaman produk itu kerana kelarai yang sudah siap diproses perlu pengiraan tepat untuk menghasilkan bentuk yang diinginkan.
Wanita dari suku kaum Murut itu, berkata buluh untuk menghasilkan kelarai diperolehi di kawasan hutan di kampungnya iaitu Kampung Alutok Ulu Tomani kira-kira tiga jam perjalanan dari pekan Tenom.
Buluh itu kemudiannya dicat dengan asap hitam daripada lampu minyak tanah yang dikumpul semalaman sebelum dicampur bersama air yang diperolehi dari kulit kayu atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai pokok "uvul", jelas Norsiah.
Katanya warna hitam itu akan menjadi corak pada setiap kraf tangan yang dihasilkan dan mempunyai makna tersendiri berhubung kait dengan cerita suku kaum Murut selain alam sekitar.
Beliau dalam pada itu menzahirkan perasaan bangga kerana berpeluang membawa produk kraf tangan yang dihasilkan daripada kelarai itu menyertai pameran selama sebulan di China tahun lepas di bawah pengurusan sebuah pusat membeli-belah di sini.
Norsiah berkata dalam usaha memelihara seni warisan masyarakat Murut agar tidak pupus ditelan zaman, wanita di kampungnya menubuhkan persatuan Pasisimpungan Ambatuh Ulu Tomani pada 2008 yang kini dianggotai 16 orang.
Mereka menggubah pelbagai kraf tangan untuk mengekalkan warisan sambil menambah pendapatan keluarga dengan setiap produk dijual pada harga RM50 sehingga RM80 manakala harga sebiji takiding bergantung kepada saiz.
"Persatuan juga menerima tempahan dan membuat pameran di mana-mana tempat sekiranya ada peluang dan pada masa sama menjual kraf tangan yang bermotif suku kaum Murut supaya lebih dikenali," katanya yang juga setiausaha persatuan.
-- BERNAMA
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantik la raga tu.. Hari tu aku beli beg anyaman hadiah kat makcik aki... Aku suka beg2 anyaman ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak carik tikar mengkuang yg ori dan colourful tu utk simpanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols penah beli anyaman anyaman ni
Pastu adek iols nampak (dia org istimewa) terus dia gunting dan nak.buat balik mcm.tu jugak
Meraunggggg iols..sebab sayanggggg |
|
|
|
|
|
|
| |
|