CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3249|Reply: 6

COVID-19: India Sekat Eksport Ubat

[Copy link]
Post time 6-3-2020 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan India, tanpa sebab yang jelas, kini menyekat eksport ubatan generik termasuk Paracetamol dan beberapa antibiotik. 26 jenis bahan aktif farmaseutikal (APIs) dilarang sama sekali untuk eksport.

India merupakan negara pengeluar ubatan generik besar dunia, dan EU yang mengimport hampir 26% ubatan mereka dari India, kini 'panik' walaupun pihak berkuasa British menafikan risiko kekurangan stok sebab mereka dah prepare awal (beli stok) semasa persediaan menghadapi Brexit.

India sendiri mengimport 13 APIs dari Wuhan, tindakan India melarang eksport kebarangkalian atas alasan untuk menjaga stok ubat negara sendiri. Majlis eksport dan promosi farmaseutikal India pula kata kalau COVID-19 tidak dikekang, memang akan berlaku kekurangan teruk terhadap bekalan farmaseutikal yang disenaraikan.

-------------------------------------

Vaksin coronavirus mungkin dah wujud lama dah, selepas SARS, jika tidak kerana kekurangan dana untuk masuk membuat percubaan klinikal. Saintis dari Centre for Vaccine Development, Texas Children's Hospital kata mereka memang dah ada cipta vaksin untuk sejenis coronavirus pada 2016, tapi masa tu tiada siapa berminat. Vaksin coronavirus (jika dah ada) tu mungkin tak tepat untuk merawat COVID-19 tapi boleh cuba diguna (dan mengurangkan bilangan kematian), sementara saintis ubah vaksin untuk jadi lebih sesuai diguna dalam merawat COVID-19.

-------------------------------------

Smithsonian Global Health Programme kata mereka tak terkejut dengan COVID-19, malah pandemik memang dijangka berlaku. Jika kita melihat situasi ekonomi secara global, memang kita wajar melihat situasi kesihatan juga secara global.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2020 04:25 PM | Show all posts
Bukan orang awam je buat pembelian panic antara negara pun mula panic ada tak nak export ubat ada yang tak nak export mask bila keadaan mendesak macam2 jadi.  Sebab tu tak boleh sentiasa berharap pada satu pihak je untuk adakan bekalan bila sesuatu terjadi pada negara tu negara lain pun boleh terjejas sama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
So harga ubat kat farmasi akan meningkat la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aihh.. Ubat asthma yg jenis inhaler dh la memang buatan sana.. Harap2 India tak buat sekatan eksport ubat2an ni lama sangat la ye..  Risau jugak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:42 PM | Show all posts
La patut sekat ivermectin ja, haritu kan ada forumer kata india guna tu je dah sembuh berjuta2 orang dia dari covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa.. dah ubat pulakkk.. poning den
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2022 10:52 PM | Show all posts
Buritan replied at 9-6-2022 04:44 PM
Laaa.. dah ubat pulakkk.. poning den

wehh check tarikh. awat post2 lama I kembali aktif ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059870 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list