CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3768|Reply: 1

[Buku] Karya anak Sarawak ini tersenarai dalam anugerah buku terjemahan terbaik Amerika

[Copy link]
Post time 5-4-2020 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Kulleh bersama sasterawan Indonesia, Goenawan Mohammed

KUALA LUMPUR : Royston John Kulleh atau pengarang dengan nama pena Kulleh Grasi berjaya menempatkan karyanya berjudul ‘Tell Me, Kenyalang’ dalam senarai for The Best Translated Book Awards 2020 (BTBA), the Amazon Literary Partnership.

Pencapaian membanggakan ini turut dikongsi bersama rakannya yang juga penterjemah buku tersebut dan Pengarah Kreatif PUSAKA, Pauline Fan yang turut bersama-sama beliau selama hampir dua tahun menghasilkan karya berkenaan.

“Kebanyakan yang tercalon dalam anugerah tersebut adalah penulis tersohor di peringkat antarabangsa, termasuk Olga Tokarczuk yang pernah memenangi Hadiah Nobel. Saya merupakan satu-satunya dari Asia Tenggara bersama dengan rakan penterjemah, Pauline Fan.

“Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pauline. Seorang penulis terkenal yang mempunyai hasil kerja hebat, di Malaysia dan antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.





Dalam masa sama, pencapaian cemerlang ini juga berjaya menempatkan mereka dalam Poetry Society of America iaitu sebuah organisasi ulung kesusasteraan dunia.

‘Tell me, Kenyalang’ yang diterbitkan pada November tahun lalu juga pernah dilancarkan di Pulau Pinang, Singapura dan Berlin, German.   

Buku tersebut mengandungi pelbagai seleksi puisi yang pada asalnya terdiri dari bahasa pribumi Sarawak seperti Iban, Kayan, Kelabit, Penan, Bidayuh dan Bahasa Malaysia sebelum diterjemah ke Bahasa Inggeris.

Ia mengisahkan tentang suara Orang Asal (Indigenous people of Sarawak) bertemakan liberasi, mitologi, jati diri dan alam.

Tambah Kulleh lagi, sebuah rumah penerbitan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Circumference Books juga pernah melamar beliau bagi membuat kerja-kerja penyuntingan dan editorial.

Katanya, Jennifer Kronovet dan Dan Visel adalah merupakan editor yang banyak mengangkat kerja-kerja penulisannya di peringkat antarabangsa.

“Kami bekerja dalam zon masa berbeza, dari semasa ke semasa sehinggalah ke penghasilan buku ini. Ia pengalaman yang unik bagi saya,” kongsinya.

Anugerah tersebut dijadualkan berlangsung pada awal May di New York. Namun, dijangka akan dikemaskini susulan penularan COVID-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bila pulak achey rambut lebat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.088151 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list