Siapa sangka dengan kos serendah ini pun boleh memiliki kabinet idaman sendiri.
Disini saya ingin berkongsi cara-cara membuat kabinet dapur DIY yang dibuat oleh suami saya
Mat’in Ali. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya jika kami mengambil tempahan. Maaf kami cuma buat untuk rumah kami dan sekadar suka-suka sahaja.
Mana-mana yang kurang budget dan ada masa, anda boleh mencuba membuat kabinet dapur seperti kami. Budget untuk barang-barang yang kami beli di kedai hardware adalah sekitar RM250 sahaja.
Kerangka kabinetMula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.
Pintu kabinetUntuk pintu kabinet, buat bingkai terlebih dahulu. Kemudian tampal dengan playwood nipis sebelah belakang depan. Bagi bingkai depan, guna kayu halus untuk hiasan. Biasanya dijual sekitar RM1 sebatang.
Kayu 1×2 untuk kerangkaInilah kayu 1×2 untuk buat kerangka dan bingkai pintu. Manakala, kayu halus untuk bikar RM1 sahaja untuk sebatang.
Memasang pintuApabila pintu siap dibuat, anda boleh cuba pasang untuk tengok ukuran padan atau tak. Masa inilah untuk anda ubah mana yang patut. Selepas itu anda boleh pasang engsel dan magnet.
Kerja mengecatSekarang adalah untuk kerja-kerja mengecat.
SkincoatGunakan skincoat dahulu untuk menutup lubang-lubang kayu. Jemur sehingga kering, kemudian gosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Cat undercoatCat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.
Cat warnaKemudian, cat warna. Ini kod warna ungu kabinet saya. Apabila dah siap cat, keringkan & boleh pasang.
Bahagian dalamUntuk bahagian dalam, gunakan cat berwarna putih.
PenyangkutPenyangkut periuk, anda boleh beli di kedai RM2. Cuma bengkokkan penyangkut tersebut untuk mendapatkan kedudukan macam tu.
Tadaa. Dah siap kemas pun. Selamat mencuba!
Jumlah kos: (beli barang-barang sahaja seperti kayu 1×2, kayu bingkai(halus), playwood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel) : RM250
Tempoh: 2 minggu untuk disiapkan (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan)
sumber
-------------------------------
hebatnya dapat suami yang pandai bertukang macam ni
rajin betul.tak payah upah orang mahal2..selamat mencuba hehe