Gunakan Hari Raya Ini
Siakap,
3 minggu lalu
5 Aplikasi Panggilan Video Berkumpulan Yang Boleh Anda Gunakan Hari Raya Ini
Tak dapat balik raya? Usahlah bersedih dan berduka kerana ramai lagi diluar sana senasib dengan kita. Walaupun masih berjauhan dari sanak-saudara, itu bukanlah alasan untuk tidak bertegur sapa. Kita hidup di zaman teknologi, pelbagai aplikasi dan perisian boleh digunakan untuk mengeratkan silaturahim walau tidak sebumbung. Bagi anda yang sedang mencari platform panggilan video berkumpulan untuk berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai disaat Hari Raya Aidilfitri ini, boleh lihat pada senarai dibawah. Messenger Rooms
Siapa tidak kenal dengan Facebook, media sosial gergasi yang digunakan diseluruh dunia. Melalui platform pemesejan Facebook iaitu Messenger, anda boleh buat panggilan video berkumpulan sehingga 50 orang serentak. Anda boleh lakukannya dengan Messenger Rooms yang dah ditawarkan sejak pertengahan bulan ini. Untuk memulakan panggilan berkumpulan, buka aplikasi Messenger, klik People > Create a Room. Setelah Room dicipta, anda boleh menjemput pengguna lain untuk turut serta dengan cara menghantar pautan (link) pada perkongsian di Facebook ataupun pada aplikasi pemesejan yang lain. Menariknya tentang ciri ini, pengguna yang tidak mempunyai akaun Facebook boleh turut serta melalui pautan yang diberi. Jadi mudahlah untuk ibu bapa yang tidak mempunyai akaun Facebook untuk “berkumpul” bersama anda dalam Messenger Rooms. Skype Mungkin tidak perlu diterangkan lebih lanjut lagi, kerana Skype sudah ditawarkan sejak sekian lama untuk pengguna panggilan video. Menyediakan panggilan video HD sehingga 50 orang dan anda boleh mengaksesnya daripada komputer mahupun aplikasi telefon pintar, sama seperti Messenger Rooms. Pastikan pengguna lain juga mempunyai akaun Skype untuk turut serta dalam panggilan video bersama anda. Google Duo Anda juga boleh memilih untuk menggunakan Google Duo. Terhad untuk 12 orang pengguna dalam satu-satu masa, ia sangat mudah untuk digunakan. Hanya memerlukan aplikasi dipasang pada telefon pintar dan nombor telefon, Duo menawarkan antaramuka yang ringkas serta mudah diakses pengguna biasa. FaceTime Pengguna peranti Apple pasti sudah biasa dengan aplikasi panggilan video ini. Cuma perlukan nombor telefon atau Apple ID, FaceTime boleh memuatkan sehingga 32 orang peserta. Panggilan video anda pastinya tambah menarik dengan Animoji serta kesan-kesan khas lain. WhatsApp Aplikasi ini cukup popular pemesejan yang cukup popular di Malaysia. Hampir setiap daripada kita mempunyai WhatsApp pada smartphone. Selepas dikemaskini beberapa bulan lalu, WhatsApp sudah menyokong panggilan video sehingga 8 orang. Mudah sahaja untuk mulakan panggilan, pergi ke dalam grup WhatsApp keluarga anda, tekan simbol panggilan dibahagian atas kanan dan pilih dari kenalan. Kini anda sudah mempunyai pilihan untuk saling berhubung dengan ahli keluarga dan rakan di hari bahagia ini. sumber ARTIKEL LAIN ------------------ Nak Buat Panggilan Dan Video Percuma? 7 Aplikasi Ini Dapat Bantu Anda
Syarikat telekomunikasi semakin berlumba menawarkan pakej data Internet yang menguntungkan pengguna.
- SHARE:
- [url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]
“Di dalam dunia serba moden yang kita lalui kini, manusia sama ada sedang tidur atau sedang di atas talian”. Itu pendapat Janice H. Reinold, seorang pakar teknologi mudah alih mengenai pengaruh Internet terhadap kehidupan seharian masyarakat pada masa kini.
Kepesatan perkembangan teknologi komunikasi nyata merubah cara manusia berhubung di antara satu sama lain. Pada awalnya kita dapat perhatikan semakin kurang orang ramai menggunakan surat. Kini panggilan telefon sudah melalui perubahan sesuai dengan peredaran zaman.
Memandangkan capaian Internet kini mudah didapati di mana-mana sahaja, masyarakat lebih gemar membuat panggilan telefon menggunakan Internet berbanding kaedah biasa. Ini kerana kaedah tersebut tidak melibatkan apa-apa cas atau bayaran.
Terdapat pelbagai aplikasi mudah alih yang bukan sahaja mampu membuat panggilan telefon suara tetapi juga video. Malah, majalah Business Insider mengatakan kualiti panggilan melalui aplikasi-aplikasi ini adalah lebih tinggi berbanding kualiti panggilan telefon biasa! Tidak cukup dengan itu, anda juga mampu membuat panggilan jarak jauh tanpa sebarang tambahan kos.
Maka, tidak hairanlah syarikat-syarikat telekomunikasi sekarang berlumba-lumba mengiklankan promosi data Internet mereka. Masyarakat sudah tidak hairan dengan penjimatan panggilan atau sistem mesej ringkas (SMS). Sebaliknya, yang menjadi keutamaan adalah tawaran yang diberikan pada promosi data Internet.
Di sini, Rojak Daily Skop! paparkan tujuh aplikasi mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan telefon dan video berkualiti tinggi:
1. SKYPE
Tiada sesiapa yang boleh menyangkal bahawa Skype adalah antara aplikasi panggilan percuma yang paling terkenal dan paling meluas dari segi penggunaannya. Aplikasi ini boleh dimuat turun dan digunakan pada telefon mudah alih, komputer dan tablet.
Anda hanya perlu memastikan orang yang anda ingin hubungi juga sudah mempunyai akaun Skype. Sesudah itu anda boleh membuat panggilan suara, video dan menghantar mesej pesanan secara percuma! Aplikasi ini juga mempunyai kemampuan untuk menghubungi nombor telefon biasa tetapi akan dikenakan bayaran sekiranya kaedah tersebut yang menjadi pilihan.
2. WHATSAPP
GAMBAR: NORTHCOASTCOURIER.CO.ZA
Aplikasi WhatsApp digunakan semakin meluas dalam kalangan pengguna di negara ini.
Satu lagi aplikasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama dalam kalangan pengguna di negara ini, adalah WhatsApp. Populariti aplikasi ini di negara ini dapat dibuktikan melalui statistik yang mengatakan 58 peratus rakyat negara ini menggunakan aplikasi WhatsApp dalam kehidupan seharian mereka. Ini menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna WhatsApp terbesar di dunia!
Bermula sebagai sebuah aplikasi yang hanya menawarkan perkhidmatan pesanan mesej sahaja, WhatsApp kini berkembang untuk menawarkan panggilan telefon dan perbualan video secara percuma. Malah, panggilan videonya turut menampilkan pelbagai ‘filter’ animasi pada wajah yang sudah pasti menghiburkan kanak-kanak.
3. SIGNAL PRIVATE MESSENGER
GAMBAR: POPULARMECHANICS.COM
Aplikasi ini memberi kelebihan dari aspek privasi dan keselamatan maklumat yang disebarkan pengguna.
Sesuatu yang sering menimbulkan kegusaran mengenai penggunaan Internet adalah tahap privasi dan keselamatan maklumat. Di sinilah aplikasi Signal Private Messenger memainkan peranan. Kesemua perbualan yang dihantar melalui aplikasi ini, baik panggilan suara, video mahupun pesanan mesej akan melalui proses ‘encryption’ data. Jadi, bagi mereka yang mahukan servis percuma tetapi pada masa yang sama mementingkan privasi, anda boleh memuat turun aplikasi Signal Private Messenger.
4. SLACK
GAMBAR: LINKEDIN.COM
[color=rgb(170, 170, 170) !important]Kelebihan aplikasi ini adalah berintegrasi dengan aplikasi lain.
Sebuah aplikasi yang semakin meningkat dari segi populariti terutamanya bagi hal-hal berkaitan kerja, adalah Slack. Kelebihan utamanya adalah kemampuannya untuk diintegrasikan bersama dengan pelbagai aplikasi lain. Bagaimanapun, dari sudut panggilan telefon dan video, kualitinya tidaklah sebaik kebanyakan aplikasi yang lain.
5. FACEBOOK MESSENGER
GAMBAR: VENTUREBEAT
[color=rgb(170, 170, 170) !important]Aplikasi Facebook Messenger turut memberi kemudahan pada pengguna membuat call dan panggilan video.
Walaupun dari sudut prestasi, kebanyakkan aplikasi Facebook adalah ala-kadar sahaja, kelebihan utama yang dimiliki media sosial tersebut adalah penggunaannya yang meluas. Keistimewaan lain yang dimilikinya adalah anda tidak perlu menggunakan telefon anda untuk menggunakan applikasi tersebut. Sebaliknya, Facebook Messenger boleh dibuka melalui komputer sahaja. Selain itu, anda juga boleh bermain permainan video dengan rakan anda melalui aplikasi ini.
6. GOOGLE HANGOUTS
GAMBAR: ANDROIDUPDATER.COM
Pengguna boleh mencuba satu lagi aplikasi baru yang boleh membuat panggilan suara, video dan pesanan mesej secara percuma.
Aplikasi yang dibangunkan syarikat teknologi terkemuka dunia, Google, ini membolehkan pengguna membuat panggilan suara, video, dan pesanan mesej secara percuma. Bermula sebagai ciri yang terdapat pada sistem emel, Gmail, ianya berkembang menjadi aplikasi mudah alih. Hangouts turut menampilkan beberapa ciri istimewa seperti panggilan video secara berkumpulan dan juga kebolehan membuat panggilan ke nombor telefon biasa.
7. FACETIME
GAMBAR: AIRMORE.COM
[color=rgb(170, 170, 170) !important]Facetime antara aplikasi popular yang memudahkan pengguna bersembang di alam maya.
Sepertimana juga aplikasi Skype, FaceTime juga lebih dikenali sebagai aplikasi untuk membuat panggilan video tetapi ia sebenarnya turut mempunyai kemampuan membuat panggilan telefon suara dengan baik! Bagaimanapun, aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat Apple ini hanya ditawarkan pada iPhone, Mac dan produk keluaran Apple yang lain sahaja. sumber
ARTIKEL LAIN
--------------------------------------------------------
Begini Cara Buat ‘Video Call’ Seramai 8 Orang di WhatsApp
Fitur pada panggilan video WhatsApp telah ditingkatkan bagi memudahkan pengguna. Mulai hari Rabu (29/4), pengguna WhatsApp di Malaysia dapat menggunakan fitur panggilan suara atau panggilan video berkelompok hingga 8 orang.
WhatsApp mengatakan, fitur ini telah dilancarkan untuk semua pengguna, baik di smartphone Android dan iPhone di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika wabak virus korona menyebabkan WhatsApp meningkatkan keupayaan panggilan video.
Panggilan suara atau video berkumpulan boleh memuatkan sehingga lapan peserta. Fitur ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja pengguna berada. Untuk menggunakan ciri kumpulan panggilan video agak mudah. Inilah langkahnya.
Pastikan aplikasi WhatsApp di telefon yang anda gunakan adalah versi terbaru. Sekiranya tidak, kemas kini aplikasi WhatsApp anda terlebih dahulu.
Selanjutnya, pengguna boleh membuat panggilan suara atau video kepada seseorang. Pilih salah satu rakan anda untuk membuat panggilan video sebelum menjemput peserta lain.
Kemudian, jika panggilan pertama disambungkan, logo “tambahkan peserta” akan muncul di sudut kanan atas skrin untuk menambahkan lebih banyak peserta ke panggilan video, dengan sehingga lapan orang.
Terdapat kaedah mudah untuk membuat panggilan video untuk satu kumpulan sekaligus. Sebagai contoh, Group WhatsApp mempunyai empat atau kurang ahli, jadi semasa membuat panggilan, ia boleh dilakukan secara serentak secara automatik.
Walau bagaimanapun, jika satu kumpulan mempunyai lebih daripada empat ahli, pengguna mesti meningkatkan jumlah peserta satu persatu untuk mencapai maksimum lapan orang.
Walaupun panggilan video kumpulan WhatsApp mampu memuatkan lapan orang, jumlah peserta masih rendah berbanding aplikasi lain. Contohnya, Google Duo, aplikasi pesanan segera ini telah meningkatkan kapasiti maksimum peserta kumpulan panggilan video dari lapan hingga 12 orang. sumber
-------------------------------------------------------------------------------
komen pendek padat- korang layanlah,saya tak minat haha
|