Biasanya bujang tapi dapat kekasih dari app serius macam SweetRing atau JD-Just a Date, tapi.... susah nak maintain? Kadang bf kamu tak nak ikut makan-makan atau lepak-lepak dengan girl squad kamu, tapi mereka best friend kamu, you want him to know them, how?
Yes, relationship is about connections. Bukan saja bersama kamu tapi dengan rakan-rakan kamu juga. Pernah perasan tak kehadiran girl squad kamu membuat si dia berasa tak selesa? Ini alasannya.
Rasa Tergugat
Lelaki heteroseksual memang sensitif. Kadangkala konteks perbualan wanita mampu mencabar maskuliniti mereka terutamanya soal kerja seperti, “Berapa gaji kamu?” Seolah-olah ditemu duga oleh bakal ibu mentua!
Tak Sekepala
Teman lelaki kamu sering terjerat dalam perbualan ‘kering’ with the girls. Jejaka sangat menghargai open-ended questions yang membuat perbualan lebih menyeronokkan. Ini tidak, bila ditanya, jawab sepatah. Point blank!
Takut Diperlekeh
Okey, wanita risau dengan eksploitasi seorang lelaki. Tapi lelaki takut juga kalau kamu semua tertawakannya. Lain ceritalah kalau dia memang seorang yang kelakar. Aspek peribadi seperti cerita di bilik tidur atau hal rumah tangga tak boleh dikongsi umum ya! |