CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2283|Reply: 6

Bini membebel ? takde hal la bro !

[Copy link]
Post time 1-10-2020 01:30 PM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Apa biasanya yang dilakukan suami apabila bertengkar dengan isteri?
Di pekan Moradabad, Uttar Pradesh, India, seorang lelaki bertindak luar biasa apabila memanjat ke puncak menara pencawang telekomunikasi di kawasan Pakwara.

Tindakan itu diambil hanya kerana muak mendengar bebelan dan bosan akibat selalu bergaduh dengan isteri.
Gulf News melaporkan Tejpal Singh bertindak demikian untuk menyejukkan hatinya yang panas gara-gara pertengkaran dengan isterinya.
Malah, dia juga enggan turun apabila diminta orang ramai yang melihat kejadian.
Dia hanya bersetuju untuk turun dari menara pencawang telekomunikasi itu selepas campur tangan pihak berkuasa tempatan dan polis yang meyakinkannya untuk turun.
Dia mula lembut hati dan bersetuju turun selepas berkali-kali dipujuk.
"Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu," katanya.
Malangnya polis enggan mendengar penjelasan saya.
"Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini," kata Tejpal memetik laporan berita tempatan.
Polis mengatakan ini adalah perkahwinan kedua Tejpal dan pasangan itu sudah banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu.
Kejadian itu turut mencetuskan reaksi dalam kalangan pengguna di Twitter sehingga trending apabila ada di antara mereka berkongsi berita itu dan mendapat ulang ciap termasuk komen lucu.
Ciapan @PkPraamod "Mungkin dia panjat menara telekomunikasi itu dengan harapan dapat memutuskan capaian talian telefon isterinya."
Sementara ciap @abhishaek agak sinis apabila berkata: "Boleh tak seseorang tolong panjatkan pencawang kawasan saya dan melaraskan semula antena, syarikat telekomunikasi tidak berbuat apa walaupun sudah banyak kali aduan berkenaan akses yang teruk"
Ada juga yang bersimpati dengan Tejpal, seperti komen @FoodieAkshay yang mengatakan dia merasai dan memahami apa yang berlaku kepada Tejpal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 06:27 PM | Show all posts
Salah bod ke sengaja post sini..?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
.         
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038615 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list