|
Edited by FanTasyCreaTioN at 13-10-2020 06:03 PM
KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu ditutup untuk tempoh tujuh hari mulai 10 hingga 16 Oktober 2020.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata arahan penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
"Penutupan tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan seperti yang terkandung dalam surat Arahan Penutupan Sekolah kerana pengesahan kes jangkitan COVOD-19 daripada Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia," katanya.
Difahamkan penutupan sekolah itu susulan pengesanan kontak kes ke-733, yang disahkan positif pada 8 Oktober dan mempunyai sejarah perjalanan ke Perak dan Kuala Lumpur pada 24 hingga 27 September.
JPBNS turut memaklumkan terdapat empat pusat hiburan diarahkan tutup berikutan pelanggaran prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Pusat hiburan yang melanggar SOP PKPP diarahkan tutup selama 14 hari bermula dari tarikh kompaun dikeluarkan.
“Manakala pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen diarahkan tutup atau dikenakan tindakan yang lebih berat. Bagi pusat hiburan yang lesen telah tamat tempoh diarahkan tutup sehingga lesen diperbaharui,” katanya.
Dalam pada itu Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluarkan 91 amaran lisan, bertulis dan sitaan di kawasan seliaan sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Manakala sebanyak 1,566 premis telah dipantau melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, penjaja, pasar tani/awam, tempat ibadat, tempat riadah, tapak pembinaan dan lain-lain.
Mengenai sekatan jalan raya Ops Benteng yang dijalankan di lima daerah iaitu Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu, sebanyak 988 buah kenderaan diperiksa.
Agnes Tugong
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|