Video di bawah menunjukkan seorang lelaki sedang mendirikan solat seorang diri tapi tiba-tiba fatihahnya disambut dengan amin oleh suara yang ramai. Bagi pak-pak imam dan lebai mungkin telah biasa mengalami situasi seperti ini di masjid atau surau jika tidak ada makmum yang datang. Banyak hadis membicarakan perihal golongan jin islam yang menyertai sembahyang jemaah dan majlis ilmu di masjid atau surau. Tapi kalau di luar kawasan tu tak tau lah. Mungkin kebetulan kawasan kita dirikan solat itu didiami makhluk jin islam. Kalau acik tak tau la. Dalam keadaan iman yang lemah ni mungkin buka langkah seribu kot. Tapi apa yang pasti pengajarannya solat wajib didirikan apabila tiba waktunya tidak kira di mana kita berada.
Post time 26-10-2020 09:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kekdahnya ada ke jah yang gegeh rakam diri tengah solat? video clip tu pon ambik dari movie jah? siap camera tukar2 angle lagi lepas tu boleh pulak zoom in segala persis sinetron indon?
Memang la video ni diambil dari movie. Sebab itulah treat ni berbentuk soalan jika anda mengalami situasi seperti ini. Nak juga tahu apa yang kalian akan lakukan. cer kongsi sikit.
akak aku tak kena camni... lain sikit... masa dia bagi salam belah kanan, dia nampak ada perempuan bertelekung belakang dia (kira jadi makmum la)... berderau darah dia... bagi salam belah kiri, tengok dah takde...
aku selalu sangat masuk hutan hiking dengan grup hiking. Pernah juga rasa seriau time solat ..tu yang aku lebih suka solat kat khemah je berbanding solat dekat kawasan terbuka yg dikhaskan untuk solat. Teringat kisah sorang forumer dulu cerita pasal dia terkena gangguan di resort Tasik kenyir, masa tu dia nak solat isyak rasanya..duduk pulak sorang..isk...seram pulak rasanya.
pernah gak alami situasi sebegini tapi bukan hantu tapi real punya. time tu kat rnr restoran jejantas sungai buluh. solat magrib. time solat tak de org. tapi lepas fatihah rakaat pertama ramai yg amin. adussss.... berderau gak jadi pak imam terjun. habis solat tengok belakang perghhh...ada tiga saf. ada yg berserban,berkopiah....entah2 ada ustaz2 kat saf tu. kalau silap baca fatihah tawakkal jer lah.