Abdul Rahman Auf, salah seorang sahabat Nabi yang kaya-raya lagi dermawan, sanggup meredah padang pasir sejauh 1,500 kilometer menggunakan 700 ekor UNTA untuk membawa barang dagangan.
Sepanjang perjalanan dari Madinah, Syria dan Mesir itu beliau akan singgah di pasar-pasar setiap bandar. Barang-barang dagangan diturunkan untuk diniagakan bagi memenuhi KEPERLUAN dan KEHENDAK pelanggan.
Sekarang dengan adanya teknologi, peranan UNTA itu boleh dilakukan oleh INTERNET untuk sampai ke pasaran tertentu seperti pakaian, makanan, perhiasan, automatif dan lain-lain lagi.
Bagaimana untuk sampai ke SEGMEN pasaran-pasaran itu sebagaimana UNTA Abdul Rahman Auf singgah di pasar-pasar sepanjang perjalanan?
Jom kongsi idea anda sebagai seorang usahawan kepada persoalan di atas. Sama-sama kita bantu rakan-rakan usahawan lain yang bimbang akan gulung tikar apabila PKPB mula dikuatkuasakan pada 14 Oktober lepas.
|