CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5226|Reply: 7

Kisah2 Seram Ketika Memancing Di Waktu Maghrib

[Copy link]
Post time 4-12-2020 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Seram Ketika Memancing Di Waktu Maghrib



Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya ini. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud : “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan.”

Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada pada sebarang makhluk lain iaitu sesuatu yang disebut sebagai akal. Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian tersebut, lalu mempersia-siakannya. Dan inilah kisah seram yang pernah aku alami semasa memancing.


Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu asar, aku bergegas ke belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan bila-bila masa dari sekarang bapa saudaraku akan sampai. Kami sudah sepakat untuk memancing di Pulau Indah. Cuti persekolahanku kali ini dimulakan dengan aktiviti yang memang hobi aku sejak dari kecil lagi iaitu memancing. Banyak perkara yang sudah aku pelajari ilmu-ilmu memancing daripada otai-otai kampung sewaktu aku kecil dahulu.

“assalamualaikum….! Azlan! Dah siap ke belum?” laung bapak saudara ku yang dah sampai.

“waalaikumsalam. Sini pak cik. Dah siap dah” laung aku dari belakang rumah.

Setelah memeriksa semua keperluan, kami berangkat menggalkan perkarangan rumah. Empat batang joran bersama keperluannya seperti mata kail, batu ladung dan sebagainya ada kami bawa sekali.



“nanti, kita cari umpan dalam perjalanan,” ujar pak cik
“okay” kata ku septa.

Perjalanan melalui lebuhraya agak membosankan. Aku menghidupkan radio bagi menghilangkan suasana sunyi. Pak cik terus memandu dengan tenang. Suara juruhebah kesukaan ramai, Johan maharaja lawak berkumandang di udara. Aku juga salah seorang peminat setianya. Persembahannya juga memang hebat bila di atas pentas.

Aku melayan perasaan sendiri. Pak cikku bersiul kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang. Aku pun turut terhibur. Selang beberapa minit, pak cikku menghentikkan kereta dibahu jalan untuk membeli umpan ditepi jalan.Setelah selesai urusan membeli umpan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang kami kunjungi. Lebih kurang setengah jam kami pun sampai. Melihat kehijauan pepohon bakau melenyapkan terus keletihan kami.


Tanpa membuang masa kami pun terus mengambil joran kami masing-masing dan mula memasang umpan ke mata kail. Aku yang sudah biasa dengan joran dan kail merasa tidak kekok lagi. Semuanya aku buat sendiri.

Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga yang sekadar menonton. Aku pun tanpa melengahkan masa, aku leparkan tali pancing. Kami ula menunggu,setelah jorang dipasang. Moga-moga kami Berjaya hari ini.
Matahari mula terbenam, namun jorang kami tidak terusik lagi. Sudah beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk sholat maghrib dahulu.

Sesudah sholat, kami makan nasi yang dibekalkan dari rumah. Semuanya disediakan oleh ibu di rumah tadi. Sesudah makan kami kembali tumpukan perhatian dengan joran masing.masing.

“ish!!! Kenapa takda sekor pun naik ni?” bisik hati aku.
Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu kea rah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.

“apa tu aaa? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahaya tu…” detik hati aku.

Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek yang lain dan sesungguhnya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukannya hodoh dan berambut panjang mengurai.Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pak cikku yang tadi berada tidak jauh dariku kini hilang entah kemana. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut menggebang-gebangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut.
Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belaakng!

“ Azlan!!!! Kau tengok apa tu?”
mulutku cuba untuk berkata-kata namun tidak dapat dikeluarkan kerana aku Nampak muka yang amat menyeramkan itu. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur.

Seketika kemudian ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tidak boleh bercakap kerana terlalu terkejut dengan jelmaan yang menakutkan. Walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku disekelilingku. Pak cik ku terus memanggil-manggil namaku.semakin lama aku rasa semakin kabur pandangan. Aku pun akhirnya pengsan.Keesokannya, aku mulai sedar dan telah berada di rumah dan ibuku di sebelah aku.

“pak cik mana?” soal aku setelah aku bangun.
“pak cik ada di luar tu…” jawab imbu ku

aku rasa badan aku lemah tapi aku masih boleh melangkah keluar untuk berjumpa denga pak cik aku. Pak cik sedang leka menghembuskan asap rokoknya lantas membetulkan duduk nya apabila aku menghampirinya.
“kau kena sampuk semalam agaknya.”pak cik mulai bersuara sambil tergelak.

Aku cuma mendengar apa yang diceritakan oleh pak cikku katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tidak hiraukan penggilannya. Dia terus mengangkat semua jorang dan mengemaskan barang kami. Aku kemudian di dukung oleh pak cikku masuk ke dalam kereta dalam keadaan kejang seperti terkena renjatan elektrik.

Aku tidak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan merasa takut dan meremang bulu roma aku. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam terutama waktu Maghrib. Aku fobia agaknya. Aku harap korang pun jangan la suka memancing tengah malam.
sumber



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2020 08:35 PM | Show all posts



Mistik – Kisah-Kisah Seram Pemancing

Misteri Memancing Malam

Sekitar tahun 90an semasa kemaruk pada dunia pancingan, di mana saya sanggup membeli bot fiber dan enjin semata-mata minat pada mengail.

Pernah 2-3 kali memancing pada waktu malam di atas bot fiber dan juga pernah melalui pengalaman mendebarkan sewaktu mengail pada waktu malam diganggu sesuatu .

Sewaktu itu kami 4 orang dengan menggunakan 2 bot fiber memancing di sekitar Sungai Johor di Estet Nam Heng, Ulu tiram.

Malam itu bulan penuh diterangi dan cantik pemandangan persekitarannya, dimana kami memancing saling berhampiran.

Semasa sedang asyik menukar umpan Ruat Bakau dan ikan pula menyambar tak henti2 tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu suara yang teramat asing bagi kami… suara seolah-olah mengerang dan menangis hiba.

Ketika itu masing senyap terdiam, tiada suara sindir-menyindir kedengaran. Serta-merta bulu tengkuk meremang berdiri. Masing-masing berbisik bertanyakan bunyi apakah gerangan?

Serta merta keadaan menjadi senyap termasuk gertuan ikan juga. Ketika sedang asyik bertanyakan soalan yang tak terjawab, tidak semena-mena bot fiber kami terolang-aling seperti ada alun ombak seolah-olah ada bot melintas lalu.

Di dalam kepala mulalah memikirkan yang bukan-bukan. Iyalah, mana ada bot melintas. Buaya ke?!

Teringat cerita orang tua-tua… suatu ketika ada pemancing menaiki bot telah didatangi tetamu tak diundang, `terperuk’ duduk menumpang di hadapan bot mereka dengan rambut panjang mengurai, pakaian lusuh, serta berbau busuk meloyakan.

Tetamu mereka adalah langsuir datang tanpa diundang sambil membelangkangi pemancing tersebut. Terisak-isak menangis, mengeluh dan akhir sekali mengilai….. sehingga membuatkan pemancing tersebut gelabah ketakutan lalu pengsan…!

Eeeeeii… menyeramkan! Akhirnya kami bergegas hidupkan enjin bot lalu menarik sauh dan berpatah balik menuju ke jeti. Kemudian terus balik membatalkan hasrat untuk memancing malam itu.

Masing-masing tertanya bunyi apakah itu? Benda apakah yang mengolang-olingkan bot fiber kami?

Kejadian tadi menjadikan satu kemuskilan yang tak terjangkau oleh akal kami. Memang ramai yang menganggap ini tahyul tetapi bagi mereka yang pernah mengalami kejadian-kejadian pelik seperti pengalaman saya tadi .

Memang tidak disangkal, ada kehidupan lain iaitu alam mistik selain alam realiti ini.

Oleh: Zulkifflee Hussin


Misteri Peneman Pancing

Aku memancing kat tepi pantai sampai dah gelap. Port tu aku tak biasa sangat. Lama dah lama baling pancing namun seekor ikan pun tak makan sampai dah give up.

Tapi tak jauh dari tempat aku ada orang tu kejap-kejap dapat… kejap-kejap dapat. Jeles betul aku. Lepas tu aku angkat joran dan terus pergi ke kereta.

Sambil berjalan aku tegur orang tu… banyak dapat bang. Dia sepatah pun tak berkata apa-apa. Aku biarlah orang tak jawab aku teruskan berjalan ke kereta.


Dah sampai kat kereta tengok-tengok member-member aku  dah packing barang siap nak balik. Aku tanya, ada dapat ke? Tapi semuanya senyap.

Lepas tu ada member aku yang pangkat tua sikit daripada aku cakap kat tempat aku memancing tadi takde orang, batang pancing aku pun takde.


Dia orang dah cari aku serta panggil nama aku tapi takde jawapan. Tu pasal dia orang duduk dalam kereta dan kalau aku tak muncul-muncul nak buat repot sebab masa dia

orang pergi cari aku tu terjumpa kubur lama serta batu nisan tepi tebing dan dalam air laut.


Ooo… patut la ikan takut nak makan umpan aku. Cuma aku musykil siapa yg memancing dekat dengan aku tu???

Oleh: Amir Ridzuan

Pancing Ular

Saja nak kongsi cerita ni. Masa dulu memancing dalam hutan 5 orang niatnya nak pancing ikan kaloi. Cerita ni taklah seram sangat tapi boleh la tahan.

Dah pancing dalam 4 jam tapi hasil takde. Dari pukul 5 petang sampai malam. Last sekali ada sorang member ni teringat petua atuk dia.

Atuk dia cakap kalau nak pancing kaloi kena bersiul. So member pun test la bersiul, tapi yang datang bukan dari dalam air tapi datang dari darat.

Nasib baik ada member lagi sorang perasan yang datang bukan ikan tapi ular!

Oleh: Md Fadhzliey


Hantu air

Saya banyak pengalaman seram masa memancing ni. Saya selalu kena waktu Maghrib dalam hutan buluh.

Masa tu saya tengah pancing kaloi. Sebelum bilal azan saya terdengar bunyi air berkocak. Saya ingatkan ikan, saya pun pergi la cari kot-kot boleh jumpa anak-anak toman. Tapi apa yang saya jumpa adalah makhluk halus (hantu air).

Ayah saya pernah kata dia datang dengan laju di atas air, kita hanya akan nampak kepala dia sahaja. Macam tu la saya nampak di atas permukaan air. Saya pun cepat-cepat pack gear dan beransur pulang.

Kesimpulannya maghrib jangan pancing balik la rumah sebab waktu tu adalah waktu iblis keluar.

Oleh: Iskandar Zulkarnain


Hantu megi

Dulu pernah pergi memancing 5 orang dalam hutan di Pahang. Orang tua yang bawa perahu dah beritahu kalau bau kari jangan dilayan.


Malam pertama terbau kari kat dalam hutan… pergi selidik tau-tau ternampak 6 lembaga sedang berkumpul. Berani je tegur… buat apa tu? Lembaga tu jawab, makan magi kari.


Tapi dah habis… tinggal kuah je. Haaa kan dah cakap jangan tegur, marah orang tua tu keesokan paginya bila diberitahu kejadian malam tadi.

Oleh: Man Mohamed  via

majalah umpan





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:51 PM | Show all posts
penah kena tapi tgh malam bukan waktu maghrib, di pasir panjang
dah lama dah
dulu tempat tu bkn mcm skrg
jalan masuk pun jalan tanah merah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2020 10:06 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 4-12-2020 08:51 PM
penah kena tapi tgh malam bukan waktu maghrib, di pasir panjang
dah lama dah
dulu tempat tu bkn mc ...

wah..masa memancing tu,pasti selalu nak pandang belakang kan?

ui seram haha


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 11:15 PM | Show all posts
trunks replied at 4-12-2020 10:06 PM
wah..masa memancing tu,pasti selalu nak pandang belakang kan?

ui seram haha

nk kata selalu pandang blkg, idak jgk sbb biasanya lampu kt sebelah belakang
jadi, tk rasa apa2

masa tu pun pantai tu utan je
skrg dh ada pusat ternak penyu segari
ada org bgtau dulu tempat tu kem askar jepun
tk pasti betoi ke dak

smpai skrg pantai tu tk ramai org datang utk mandi kecuali memancing
yg saya tau pantai tu cantik, best melepak situ

ni bkn masa memancing
yg ni masa melepak je




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 06:14 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 4-12-2020 08:51 PM
penah kena tapi tgh malam bukan waktu maghrib, di pasir panjang
dah lama dah
dulu tempat tu bkn mc ...

Pasir Panjang Balik Pulau ka Bro?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2020 06:31 PM | Show all posts
dani_5353 replied at 6-12-2020 06:14 PM
Pasir Panjang Balik Pulau ka Bro?


pasir panjang segari perak
sebelah pantai teluk senangin
kt situ ada pusat ternak penyu segari
pantai cantik tapi tk ramai org kesana



gambor google
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 06:50 PM | Show all posts
memancing kat kolam je le, tkde kena sakat
cuma kolam pancing dah byk gulung tikor skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.466337 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list