View: 2931|Reply: 1
|
Teknologi Dalam Norma Baharu - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Edited by Aking at 29-12-2020 11:20 AM
Apple perkenal silikon pertamanya iaitu Apple M1 yang juga cip pemproses pertama menggunakan binaan 5nm.
Muhammad Saufi Hassan
[email protected]
TAHUN 2020 sudah sampai ke minggu terakhirnya yang merekodkan pelbagai lakaran sejarah baik daripada aspek kehidupan manusia sehingga kepada perkembangan teknologi.
Sepanjang 2020 juga memperlihatkan beberapa majlis utama terpaksa dibatalkan untuk 'majlis fizikal' seperti Kongres Mudah Alih Dunia (WMC) sehingga kepada pengumuman pelancaran peranti baharu turut menggunakan versi maya untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
#ITMetro menyenaraikan lima peristiwa paling utama dalam dunia teknologi sepanjang 2020 sempena minggu terakhir tahun ini yang akan melabuhkan tirainya kurang 48 jam lagi.
Pembatalan penganjuran Kongres Mudah Alih Sedunia (WMC)
Setiap tahun, semua pihak baik pengguna mahupun pemain industri sentiasa menantikan penganjuran paling berprestij iaitu Kongres Mudah Alih Sedunia (WMC).
Mengikut tradisi, penganjuran berkenaan akan diadakan di Barcelona, Sepanyol yang akan memperlihatkan 'laluan masa depan' atau 'route map' untuk segmen peranti pintar.
Ia menjadi pentas untuk semua pemain utama industri mengumumkan perancangan mereka serta pengenalan kepada teknologi baharu.
Namun, WMC 2020 yang sepatutnya diadakan pada 24 hingga 27 Februari lalu dibatalkan kira-kira dua minggu sebelum penganjurannya berikutan peningkatan jangkitan virus Covid-19 gelombang pertama yang dihadapi seluruh dunia.
Walaupun sebelum itu WMC berjanji tetap menganjurkan majlis berkenaan dengan mengetatkan prosedur operasi standard
(SOP) namun terpaksa membatalkan selepas beberapa pemain utama menarik diri kerana bimbang ancaman wabak semasa.
Kebanyakan pemain utama mula menggunakan sesi maya menerusi platform masing-masing dalam pengenalan serta pelancaran produk baharu mereka.
Apple umum silikon pertama keluarannya, M1
Ia agak mengejutkan semua pihak apabila Apple mengumumkan silikon baharu keluarannya yang dikenali sebagai Apple M1.
Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu 'Apple M1' berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk 'Neural Engine' 16 teras.
Pemproses itu direka khusus untuk produk segmen 'Mac' bagi Apple dan ia diperkenalkan buat pertama kalinya awal minggu lalu dalam majlis maya bertemakan 'One More Thing'.
Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple, sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.
Naib Presiden Kanan Perkakasan Teknologi Apple, Johny Srouji berkata, tidak ada cip yang pernah dicipta seperti M1 dan ia satu pencapaian untuk cip SoC bagi segmen Mac dan pengenalan ini adalah era baharu untuk segmen itu.
"Jika memperkatakan mengenai silikon kuasa rendah, M1 mempunyai kuasa teras paling pantas termasuk prestasi integrasi unit pemproses grafik yang sangat baik," katanya.
Ia menampilkan teras CPU terpantas yang pernah dicipta dalam segmen siliko' berkuasa rendah, tetapi menawarkan kuasa prestasi terbaik termasuk integrasi grafik dalam kelasnya dan ia adalah pencapaian terbaharu menerusi sistem 'Neural Engine' oleh Apple.
Negara 5G pertama dengan skala spektrum penuh
Jaringan telekomunikasi Generasi Kelima (5G) paling mencuri tumpuan sepanjang tempoh tahun ini memandangkan ia sangat penting apabila kebanyakan individu melaksanakan sistem 'kerja dari rumah'.
Korea Selatan menjadi negara pertama yang berjaya melaksanakan jaringan telekomunikasi skala penuh untuk 5G dan ia adalah negara paling berjaya setakat ini.
Negara berkenaan mula melaksanakan cubaan jaringan 5G pada September tahun lalu dan pelaksanaan komersial dibuat selepas itu yang memperlihatkan keupayaan jaringan itu.
Pastinya, tahun depan akan menjadi fasa paling penting untuk pembangunan infrastruktur jaringan 5G terutama bagi Malaysia sejajar dengan matlamat kerajaan.
Sistem jaringan berkenaan akan menawarkan kadar kelengahan paling rendah, sekali gus membolehkan teknologi industri skala besar beroperasi dengan lebih baik.
Trend pengeluaran peranti pintar tidak disertakan pengecas
Apple adalah syarikat pertama yang membuat langkah paling berani iaitu tidak menyertakan pengecas untuk semua peranti iPhone 12 mereka termasuk fon telinga.
Langkah itu diambil untuk menjimatkan penggunaan elemen unik bumi, sekali gus mengurangkan kadar penggunaan karbon tahunan.
Pada awalnya, langkah berkenaan mendapat perhatian pengeluar telefon pintar lain yang seolah-olah menempelak langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas.
Namun, beberapa nama besar pengeluar telefon pintar akhirnya akur dengan keputusan Apple dan mengikuti syarikat berkenaan untuk tidak menyertakan pengecas bagi membolehkan syarikat mereka turut sejajar visi penawaran 'mesra alam'.
Ia bukan kali pertama pengeluar telefon pintar mengikuti jejak langkah Apple sebaliknya beberapa tahun lalu, ketika Apple tidak menyediakan bicu audio 3.5mm ia turut mendapat tentangan.
Bagaimanapun, langkah berkenaan turut diikuti pengeluar peranti pintar lain.
Dominasi Huawei untuk pembangunan 5G
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa syarikat gergasi teknologi, Huawei mendominasi pembangunan 5G secara skala menyeluruh membabitkan projek utama pembangunan di negara tertentu.
Keupayaan syarikat itu juga mendapat perhatian negara Eropah biarpun pada masa sama mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) namun Huawei terus melangkah dengan penawaran jaringan termaju berkenaan.
Rantau Asia Tenggara tidak terkecuali apabila syarikat itu berjaya mendapat kepercayaan untuk membangunkan infrastruktur 5G termasuk di Indonesia.
Ia adalah kejayaan besar buat syarikat berkenaan biarpun berdepan pelbagai cabaran serta tekanan lain.
Pastinya, Huawei akan meneruskan dominasi pembangunan berkenaan dan mungkin untuk sistem jaringan 6G berikutnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macbook sold out kat semua kedai:') |
|
|
|
|
|
|
| |
|