CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1067|Reply: 0

Cools Paling Mahal - Harian Metro

[Copy link]
Post time 30-12-2020 02:22 PM | Show all posts |Read mode

Dion Cools yang kini beraksi di Liga Denmark bersama FC Midtjylland.


Firdaus Hashim
[email protected]

Kuala Lumpur: Jika ada anugerah pemain Malaysia paling mahal sepanjang tahun 2020, sudah pastinya ia milik pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools yang kini beraksi di Liga Denmark bersama FC Midtjylland.

Cools, 24, yang tidak berdepan masalah untuk menyarung jersi Harimau Malaya berada pada nilai 900,000 euro atau sekitar RM4.4 juta mengikut data dari laman Transfermarkt.

Dia yang beraksi di posisi pertahanan kanan sememangnya layak memegang status pemain termahal negara pada tahun ini selepas dia beberapa kali turun beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) termasuk ketika berdepan Liverpool dalam Kumpulan D.

Biarpun belum pernah membuat kemunculan bersama pasukan kebangsaan, namun statusnya sebagai pemain kacukan membolehkan dia untuk berada dalam senarai pemain yang paling dinantikan-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air.

Nilai itu turut mengenepikan seorang lagi pemain kacukan, Natxo Insa yang kini beraksi buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan nilai 325,000 euro (RM1.6 juta) diikuti Matthew Davies dan Brendan Gan masing-masing dengan 300,000 euro (RM1.5 juta).

Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid juga bernilai 300,000 euro (RM1.5 juta) di mana pemain sayap itu kini sudah pulang ke pangkuan JDT selepas meninggalkan kelab Portugal, Portimonense SC.

Tanda harga Safawi itu turut dikongsi oleh seorang lagi pemain Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain Wan Kamal yang sebelum ini beraksi dengan Sporting Kansas City di Major League Soccer (MLS).

Bagaimanapun, nilai Luqman Hakim Shamsudin pula dicatatkan agak rendah pada harga 150,000 euro (RM743.000) walaupun dia sudah meraih debut pertama di Liga Belgium ketika kelabnya KV Kortrijk menentang RCS Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, tanda harga tinggi yang diletakkan pada Cools bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pemain itu sudah berada pada tahap tertinggi apabila beraksi di UCL.

"Kelab yang dia (Cools) main bukanlah pada tier satu seperti La Liga, EPL (Liga Perdana Inggeris) mahupun Bundesliga. Tapi disebabkan dia sudah beraksi di UCL menentang kelab ternama, secara tak langsung ia memberi kesan kepada 'saham' pemain itu," katanya.

Sementara itu, bagi status tonggak naturalisasi pula, tanda harga pemain tengah JDT, Liridon Krasniqi dilihat lebih mahal dengan 350,000 euro (RM1.7 juta) berbanding Mohamadou Sumareh pada nilai 275,000 euro (RM1.4 juta).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038853 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list