CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 0

United Boleh Kalahkan Sesiapa Di Mana Sahaja - Solskjaer - Harian Metro

[Copy link]
Post time 31-12-2020 08:48 AM | Show all posts |Read mode

Percubaan pemain Manchester United, Bruno Fernandes (tengah) diselamatkan penjaga gol Wolves, Rui Patricio pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.


LONDON: Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United sentiasa percaya mereka mampu menewaskan sesiapa dan di mana sahaja selepas melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan ke atas Wolves, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Solskjaer menegaskan masih terlalu awal untuk bercakap mengenai United sebagai pencabar utama kejuaraan liga hanya selepas 15 perlawanan musim ini.

Marcus Rashford muncul wira United apabila meledak gol kemenangan The Red Devils sekali gus melonjakkan pasukan berkenaan ke tangga kedua menjelang 2021.

"Keputusan ini sangat penting. Kami pasukan yang berbeza sekarang, mental dan fizikal lebih baik. Kepercayaan itu hadir menerusi prestasi dan keputusan selain pemain yang kami miliki di atas padang yang mampu mengubah permainan.

"Kepercayaan itu ada yang mana mereka (pemain) berfikir mereka mampu menewaskan sesiapa sahaja, di mana sahaja," kata pengurus United itu.

Solskjaer bagaimanapun mengambil pendekatan merendah diri mengenai peluang United untuk merangkul gelaran juara buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun.

"Tiada persaingan memburu gelaran juara hanya selepas 15 perlawanan. Memang anda boleh kehilangan peluang menjadi juara dalam 10 perlawanan awal tetapi kami hanya boleh bercakap mengenainya pada Mac dan April depan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.056830 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list