CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 0

Harimau Malaya Sedia Sebarang Kemungkinan - Harian Metro

[Copy link]
Post time 8-1-2021 12:54 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi


FIrdaus Hashim
[email protected]

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya terbuka menerima apa jua nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahupun pihak berwajib Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk jika diminta untuk memakai Sut Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) ketika kunjungan pasukan kebangsaan ke UAE bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, pihaknya akan mendapatkan maklumat dan nasihat terperinci berkaitan penjagaan kesihatan pemain dan pegawai bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19 ketika melakukan perjalanan ke negara Asia Barat itu nanti.

Katanya, idea pemakaian PPE itu sangat baik namun segala-galanya tertakluk kepada arahan pihak berkuasa kedua-dua negara.

"Setakat ini kita tak ada memikirkan lagi sampai ke situ lagi (pakai PPE), tetapi jika ada nasihat daripada KKM, kalau itu berlaku, maknanya kita kena ikut lah.

"Tapi setakat ini FAM akan memantau situasi di sana dulu. Kita pun tak tahu, kita pergi bulan tiga, mungkin keadaan masa itu dah berubah.

"Keduanya, apabila dah tiba waktu nak pergi nanti baru kita akan ikut SOP (prosedur operasi standard) yang terkini ataupun, ada keperluan kena pakai kita terpaksalah pakai juga," katanya.

Menerusi laporan akhbar hari ini, skuad kebangsaan disaran mencontohi apa yang yang dilakukan oleh pasukan badminton negara apabila memakai PPE untuk ke Bangkok bagi menyertai Terbuka Thailand.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe yang akan menentang UAE di sana dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Mac nanti harus mengenakan PPE bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pemain serta pegawai daripada dijangkiti Covid-19.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, penggunaan PPE dilihat sesuai terutama ketika pasukan berada di dalam pesawat dan sebaik tiba di UAE bagi memastikan pasukan terhindar daripada virus itu.

Yusoff yang turut bertindak sebagai pengurus pasukan menjelaskan, UAE juga mempunyai SOP tersendiri yang perlu diikuti oleh pasukan negara.

"Kadang-kadang negara yang kita nak pergi itu pun akan hantar SOP mereka. Mereka pun tak nak kita masuk suka-suka. Kita akan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan kedua-dua negara," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.585027 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list