Aston Villa akan menurunkan gabungan pemain B-23 dan B-18 jumpa Liverpool pada pusingan ketiga Piala FA akibat COVID-19.
LONDON: Pertembungan pusingan ketiga Piala FA antara Aston Villa dan Liverpool, awal pagi ini akan diteruskan seperti dirancang, dengan Villa terpaksa menampilkan pasukan muda.
Skuad Midlands mengadakan perbincangan darurat dengan FA pada Khamis susulan penularan wabak COVID-19 yang 'signifikan' di kelab itu.
Pusat latihan Bodymoor Heath ditutup selepas sebilangan besar pemain dan kakitangan pasukan utama diuji positif.
Namun, mereka diberi lampu hijau untuk meneruskan aksi pusingan ketiga itu selepas bersetuju untuk menurunkan skuad muda.
Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun, Mark Delaney akan mengendalikan pasukan muda, dengan bos Dean Smith dan pembantu John Terry, Richard O'Kelly dan Craig Shakespeare dalam tempoh kuarantin.
Pertembungan akan diteruskan seperti yang dijadualkan, walaupun Delaney akan terpaksa menggunakan pemain B-18 untuk membentuk pasukan. |