CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1947|Reply: 3

'King Kazu' Lebar Rekod Pemain Paling Tua - Berita Harian

[Copy link]
Post time 12-1-2021 09:26 AM | Show all posts |Read mode

Akan berusia 54 tahun bulan depan seterusnya melebarkan rekodnya sebagai pemain bola sepak profesional paling tua di Jepun.


TOKYO: Penyerang veteran, Kazuyoshi Miura, yang akan berusia 54 tahun bulan depan, memperbaharui kontraknya bersama Yokohama FC hari ini – melebarkan rekodnya sebagai pemain bola sepak profesional paling tua di Jepun.

Ia bermakna Miura, yang lebih dikenali sebagai "King Kazu" kerana semangat tingginya di padang, akan memulakan musim ke-36 dalam kariernya tahun ini.

"Musim lalu saya berasa keseronokan bermain bola sepak ketika dunia melalui cabaran sukar kerana COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.

"Secara peribadi ia bukanlah musim yang memuaskan, tapi cita-cita dan keghairahan saya terhadap bola sepak semakin bertambah," katanya.

"Saya akan bekerja keras setiap hari, mensasarkan untuk membantu kemenangan pasukan musim ini dengan bermain sebanyak mungkin."

Dia bermain empat perlawanan untuk kelabnya musim lalu, menjadi pemain tertua dalam sejarah divisyen utama J-League pada usia 53 tahun sembilan bulan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 09:25 PM | Show all posts
Wow, masih sihat dan kuat dan mampu untuk bermain bola mewakili pasukan professional
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 07:02 PM | Show all posts
tu tanda jepun negara yg tak best

da tua2 pun kene keje

sbb tu tak yah tipu nak beli rumah kat jepun suma bagai

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058657 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list