View: 2265|Reply: 17
|
[SARAWAK] Dibaham buaya ketika periksa pukat di sungai Meranek
[Copy link]
|
|
KOTA SAMARAHAN: Hasrat dua beranak memeriksa pukat yang dipasang di sungai Kampung Meranek, di sini, awal pagi tadi berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka dipercayai dibaham buaya.
Dalam kejadian itu, ayah mangsa, Azhar Razali melihat sendiri anaknya Azyan Azhar, 28, disambar oleh buaya dan hilang di dalam air.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mereka turun ke sungai terbabit kira-kira jam 3.45 pagi untuk menarik pukat yang dipasang.
"Bapanya kembali ke rumah mereka di Kampung Meranek memberitahu anaknya disambar buaya,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak Bomba menerima laporan berhubung kes itu jam 6.45 pagi ini dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan Bomba di lokasi, Komander Operasi mengesahkan kejadian dan mengambil maklumat penuh tentang kejadian serta menggerakkan aset untuk menjalankan operasi seterusnya membuka Pos Kawalan Bomba (PKB) untuk penyelarasan operasi pencarian.
Operasi pencarian telah dilakukan awal penduduk kampung dan penyelarasan operasi sedang dibuat pasukan SAR terlibat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SAMARAHAN, 12 JANUARI 2021 (SNN): Tidak lama selepas kejadian remaja dibaham buaya penghujung tahun lalu kini seorang lagi remaja berusia 28 tahun menjadi korban serangan sang bedal tersebut di lokasi yang sama iaitu Sungai Meranek, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.45 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi.
“Sebaik tiba dilokasi, Komander Operasi, PBK II Nurzainuldin Marzukie mengesahkan kejadian sebelum menggerakkan aset untuk membuka Pos Kawalan Bomba (PKB) bagi memulakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa.
“Laporan awal yang diterima memberitahu, pengadu iaitu adik kepada mangsa menjelaskan bahawa abang dan bapanya, Azhar Razali keluar ke sungai sekitar jam 3.45 pagi.
“Namun pada jam 4.15 pagi, bapanya pulang ke rumah dan memberitahu bahawa abang kepada pengadu telah disambar buaya dan hilang dalam sungai,”katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa, Azyan Azhar, 28 tahun dikatakan telah hilang selepas disambar buaya pada awal pagi tadi dan hanya pakaian mangsa yang dapat dijumpai setakat operasi SAR dimulakan hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah arwah pawang kader masih ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
Scary... Ganas2 buaya kat sana. X sama keturunan dgn buaya sg pahang gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir setiap bulan ada kes macam ni.. Tade tindakan apa2 ke dari kerajaan negeri? |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya apa ni.....pakaian ore tu 'ditanggalkan' nya pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib aku baik sangat kat sungai di Sarawak alhamdulillah
Bayangkan aku pernah turun dalam sungai malam pekat masa mancing udang..ada udang ada la buaya |
|
|
|
|
|
|
|
kan... boleh buat perjanjian ... jangan kaco orang nak cari rezeki ...
|
|
|
|
|
|
|
|
susah juga nak kata ...
kadang sebab ketamakkan manusia ... membuat boya2 ni jadi gtu ... dan dah memang azali tercipta ganas2 gtu ...
sebab pernah nyembang ngan sorang pakcik ni...
kenal sebab selalu beli udang ngan dia ...
acik tu kata ... orang sekarang ni ramai tamak... bila nengok lubuk udang ... abis d tuba ... d racun ... ambik abis semua2 udang tu
mana tak marah yang "pelihara" udang tu ...
sebab tu ada yang kata ... ada udang ada boya ... sebab boya yang "pelihara" udang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada d keluar kan lesen untuk memburu buaya...
Sarawak keluarkan 60 lesen buru buaya sejak 2 tahun lalu
Oleh Kandau Sidi - Februari 28, 2019 @ 4:58pm
[email protected]
MIRI: Sebanyak 60 lesen memburu buaya dikeluarkan sejak dua tahun lalu sebagai langkah mengawal peningkatan populasi reptilia itu bagi mengelakkan wujud konflik dengan manusia di negeri ini.
Ia termasuk lesen bagi penjualan daging dan kulit buaya, terutama bagi tujuan perubatan serta pembuatan produk kraf.
Timbalan Kontroler Hidupan Liar Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Engkamat Lading, berkata pengeluaran lesen pemburuan dan penjualan buaya bertujuan mengimbangi populasi reptilia itu, sekali gus mengurangkan ancamannya terhadap manusia.
Beliau berkata, inisiatif berkenaan turut membantu mewujudkan sumber pendapatan bagi masyarakat setempat, terutama di kawasan sungai dikenal pasti memiliki kepadatan buaya yang tinggi.
“Sekarang, buaya boleh ditangkap atau diburu bagi tujuan perdagangan pada peringkat domestik atau antarabangsa asalkan memiliki lesen sah dikeluarkan JHS,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Engkamat berkata, pihaknya sudah banyak melakukan kajian di sepanjang sungai di Lawas dan mendapati populasi buaya katak meningkat di sungai itu.
Justeru, beliau berkata, JHS akan memasang lebih banyak notis pemberitahuan dan amaran di kawasan yang ada banyak buaya di Sarawak.
“Kita mengalu-alukan penyelidik tempatan atau luar negara untuk menjalankan kajian terhadap buaya di Sarawak.
“Kita tidak mahu buaya mengalami ancaman kepupusan sebagaimana nasib yang menimpa haiwan liar lain di negara ini seperti badak,” katanya.
Secara keseluruhan, ada dua spesies buaya di Sarawak, iaitu buaya katak dan buaya jenjulung yang boleh hidup dalam persekitaran air masin.
Selain buaya, beliau berkata, ada banyak haiwan liar lain di Lawas seperti monyet belanda, dugong, penyu dan ikan lumba-lumba.
“Lokasi Kuala Lawas amat sesuai dijadikan pusat pemuliharaan dan pelancongan berasaskan biodiversiti,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buaya miang
Pakaian mangsa serangan buaya di Sungai Meranek yang dijumpai kira-kira lima kilometer dari Pusat Kawalan Bomba, Operasi Mencari dan Menyelamat di Kota Samarahan, pada Selasa (12 Januari 2021). Azyan Azhar, 28, disambar buaya ketika menarik pukat udang awal pagi hari ini.
Gerakan mencari dan menyelamat yang digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, masih gagal mengesan mangsa. Operasi diteruskan esok.
|
|
|
|
|
|
|
|
huish ... giler berani
|
|
|
|
|
|
|
|
kawasan pencarian...
|
|
|
|
|
|
|
|
Samarahan, 14 Januari 2021
Operasi SAR Meranek telah ditamatkan pada hari ini selepas penemuan sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan di muara Sungai Samarahan 15km dr PKB dan 7.5 km dr mangsa diserang buaya.
SAR Kampung Meranek ditamatkan selepas pihak keluarga mangsa mengambil keputusan meyakini penemuan tersebut adalah milik anaknya.
Operasi diketuai oleh PKPgB Ebby Hirwandy Sharbini, Ketua BBP Samarahan.
-Unit Perhubungan Awam-
|
|
|
|
|
|
|
|
Har Az
is with Azyan Bin Azhar Yan
As slm wrwb..
Kami waris keluarga Azyan B.Azhar,mgsa serangan buaya 3 hari lepas dgn berat hati memaklumkan berita duka dgn penemuan sebgian anggota kaki adik saya..
Dgn rendah hati,kami pihak keluarga mengucapkn ribuan terima ksih kpd semua agensi yg terlibat secara lngsung mahupun tidak langsung dlm operasi pencarian adik sy,pihak polis,bomba dan penyelamat,jpam,komuniti sukarelawan,penduduk kampg yg turut serta dlm pencarian.Tak lupa juga yg mendoakn /sedekahkn Al Fatihah utknya,terima ksih dan semoga Allah merahmati dan melimpahi berkah dan kurniaNya utk kalian..
Bagi yg pernah berurusan dgn Azyan Bin Azhar Yan dlm jualbeli udang,mohon dimaafkn khilaf salah dalm berurusan..Halalkn dan maafkn apa yg terlebih terkurang dlm urusannya..
Bagi yg ada urusan/tuntutan,tolong maklumkn kpd kami utk penyelesaiannya..Boleh hubungi sy 0128899134..
Sesungguhnya kepadaNya kita dtg..dan kepadaNya kita kembali..
Al Fatihah utkmu adik,Azyan Azhar @ Atan
Hilangmu tiada pngganti buat kami..
Bayangmu,tawamu mengisi ruang rumah dan kini akan sepi tanpamu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|