CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3943|Reply: 3

Perlu Bijak 'Main' Warna

[Copy link]
Post time 16-1-2021 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Susunan perabot


Harian Metro

Nurul Husna Mahmud
[email protected]

Warna selalu dikaitkan dengan sinergi aura yang dapat mempengaruhi persekitaran termasuk

individu. Jadi, tidak hairanlah dari pakaian hinggalah penataan ruang, warna mampu mempengaruhi mood seseorang.

Dalam penataan ruang, biasanya pemilihan warna cukup penting kerana ia antara elemen asas penting dalam menentukan penataan sesebuah kediaman.

Biasanya mood yang dicari dalam tatahias sesebuah kediaman ialah ruang menenang dan relaks. Bersandarkan aspek itu selalunya biru antara pencarian popular kerana elemen universal yang dekat dengan alam.

Ia menerusi rona warna langit atau laut yang sering digambarkan dalam karakter warna berkenaan.

Namun mengenai biru, cabarannya ialah terdapat rona berbeza dan pemilihan warna padanan penting dalam menentukan kesesuaian dengan konsep tatahias yang diidamkan pemilik kediaman.

Itu tidak menjadi masalah buat Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak Aida Hartini Nan apabila tatahias kediaman teres dua tingkatnya yang terletak di bandar Kuala Kangsar itu cukup indah dengan tema kombinasi warna biru diraja atau 'royal blue'.

Menurut Aida, dia melihat biru berkenaan mempunyai nilai eksentrik sesuai dengan penataan yang moden tetapi tidak terlalu extravagan bagi kediaman yang dihuni bersama suami dan tiga cahaya mata itu.

"Kediaman ini baru saja didiami penghujung Disember 2020 lalu selepas dua bulan selesai kerja mengecat dan menghias beberapa ruang dalamannya.

"Kediaman ini baru, jadi saya tiada konsep spesifik. Semua pemilihan hiasan ruang adalah mengikut cita rasa sendiri. Cuma saya dan suami sukakan rekaan yang minimalis, warna tidak serabut atau terlalu terang," katanya.

Kata Aida, perkara penting ialah mencari warna utama dahulu sebagai 'primer' kepada tema latar sebelum seimbangkan dengan warna yang lebih lembut atau terang.

"Bagi keseluruhan kediaman, saya pilih biru yang lebih terang iaitu 'royal blue' sebagai warna utama dan dicat pada dinding, tangga serta kabinet dapur.

"Kemudian saya gabungkan dengan kelabu yang lebih gelap untuk 'lembutkan' rona biru berkenaan selain selitkan elemen kesegaran apabila tampilkan aksesori seperti bingkai gambar, bunga dan kusyen sofa yang berwarna-warni.

"Kerja tatahias kediaman ini saya mulakan dengan ruang tamu, kemudian ke ruang lain seperti dapur dan tangga. Penting untuk eksperimenkan penggayaan di ruang utama dahulu bagi melihat sejauh mana warna 'royal blue' ini serasi dengan warna lain termasuk pilihan perabot," katanya.

Tambah Aida, meskipun tiada latar belakang formal dalam hiasan dalaman, tidak menjadi masalah kerana sudah terbiasa dengan kerja menata hias ruang kediaman sejak kecil apabila bapanya, Nan Ahmad, 67, seorang pesara tentera turut memiliki hobi yang sama.

"Kerja-kerja menghias kediaman sebenarnya sudah lama, malah sejak zaman kecil lagi apabila terpengaruh dengan bapa yang suka mendekorasi kediaman termasuk laman sekali.

"Dulu selalu rujuk majalah tetapi sekarang sudah banyak 'group FB' yang berkongsi rekaan dekorasi kediaman†masing-masing yang lebih moden dan menarik.

"Ini banyak membantu dalam memberi idea termasuk jualan aksesori dan perabot murah tetapi berkualiti sesuai dengan bajet saya serta suami untuk dekorasi keseluruhan kediaman kami," katanya.

Aida menjelaskan, bagi keseluruhan dekorasi dalam kediaman itu hanya menelan kos sekitar RM10 ribu dan kerja mengecat dilakukan sendiri bersama suami.

"Paling mencabar untuk lengkapkan keseluruhan gaya ruang ialah mengecat. Saya dan suami cat sendiri kerana mahu kurangkan kos.

"Kemudian antara aspek paling penting ialah aturan perabot mengikut kesesuaian cat dinding supaya rumah tidak nampak gelap. Penting ada elemen kontra dan diserikan dengan sedikit hiasan warna-warni untuk nampak ceria serta tidak membosankan.

"Tip penting juga ialah kena rajin buat tinjauran penawaran harga perabot atau barang hiasan di atas talian kerana ada kalanya boleh dapatkan barang sama pada harga lebih murah," katanya.

Tambahnya, untuk tampak gaya cantik dan mewah pada kediaman tidak semestin

ya menggunakan barang mahal sebaliknya perabot murah dengan kualiti yang baik mampu ditonjolkan dengan kaedah susunan serta pemilihan warna latar yang betul.

Aida turut merancang kerja-kerja menghias di laman kediaman pula bagi memiliki sebuah taman mini untuk bersantai bersama keluarga tercinta.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 03:54 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:52 AM | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054673 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list