CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 925|Reply: 0

Jaringan Mount Beri Lampard Ruang

[Copy link]
Post time 19-1-2021 08:19 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Chelsea Mason Mount (tengah) membolosi gawang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage. - Foto AFP


Berita Harian

LONDON: Frank Lampard lega apabila Chelsea kembali meraih kemenangan selepas jaringan Mason Mount berjaya menundukkan Fulham 1-0.

The Blues berada di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris selepas hanya merakam satu kemenangan dalam enam perlawanan liga sebelum aksi menentang Fulham.

Ketika anak buah Lampard bergelut menembusi benteng Fulham, mereka mendapat kelebihan selepas Antonee Robinson dilayangkan kad merah sebelum rehat kerana terjahan kasar.

Bagaimanapun kelebihan itu sukar dimanfaatkan sehingga percubaan Mount memecah kebuntuan 13 minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan itu melonjak Chelsea ke tangga ketujuh dan ketinggalan hanya tiga mata di belakang kelompok empat teratas.

"Kami tidak boleh fikir masalah sudah selesai kerana kami mahukan lebih lagi.

"Saya sering katakan kami dalam fasa peralihan dan pembangunan. Kami sedar ada ramai pemain baharu dan kami masih mencari penyelesaian.

"Namun kami perlukan mata kerana kami adalah Chelsea. Ia permulaan yang baik," kata Lampard.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.035266 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list