Tengok semua netizen teringin nak daerah masing-masing jadi 4 musim. Kenapa Malaysia tak boleh ada 4 musim?
Mari kita imbas kembali subjek Geografi tingkatan 3. Bumi ini berbentuk bulat ataupun tepatnya spheroid, walaupun tenang ia berputar di angkasaraya tapi paksinya condong sedikit sebanyak 23.4 darjah. Sebab itu kita tengok kebanyakkan model globe dia akan senget sedikit.
Kemudian bulatan bumi ini kita bahagi dua. Bahagian atas hemisfera utara dan bahagian bawah hemisfera selatan. Garis sempadan yang memisahkan antara selatan dan utara dikenali sebagai equator atau garisan khatulistiwa.
Negara yang duduk di garisan khatulistiwa ini adalah yang paling dekat dengan matahari. Sebab itulah suhunya boleh mencecah 31°-34°C, panas bukan main. Contohnya Malaysia, sebahagian Afrika dan Amerika Latin.
Bukan panas sebab banyak dosa. Yang itu kat padang Mahsyar nanti cerita.
Ok, disebabkan senget, negara bahagian hemisfera selatan akan mengalami musim sejuk, ini disebabkan ia sedikit menerima cahaya matahari, manakala negara bahagian hemisfera utara akan mengalami musim panas disebabkan banyak menerima cahaya matahari. Alasan itu juga menyebabkan kutub utara dan selatan beku sentiasa, kerana bahagian itulah yang paling jauh dan sedikit menerima panahan cahaya matahari. Bahagian tengah? Takde kena musim apa apa. Panas membakar sepanjang tahun. Sebab tu kulit kau sawo matang.
Disebabkan bumi mengambil masa 365 hari untuk mengelilingi matahari. Maka dalam proses peredaran itu musim juga akan turut bertukar, hemisfera selatan pula mengalami musim panas, dan hemisfera utara mengalami musim sejuk.
Disebabkan kecondongan paksi juga Artik boleh jadi 24 jam siang dan Antartika boleh jadi 24jam malam.
Kalau nak juga merasa 4 musim, plat tektonik Malaysia kena mara sampai keluar dari garisan khatulistiwa. Di mana kalau nak jadi akan mengambil masa berjuta tahun agaknya.
Tak merasa musim macam kat Korea tak apa. Jangan bimbang, sebab negara kita juga akan mengalami 4 musim juga iaitu musim jerebu, musim tengkujuh, musim durian dan musim orang kahwin yang mana mat salleh susah nak rasa tahu.
|