View: 1517|Reply: 4
|
[SARAWAK] Milik siapa kah ...ganja ini...?
[Copy link]
|
|
KUCHING: Bungkusan mencurigakan yang tidak dituntut di sebuah pejabat syarikat perkhidmatan kurier, di sini didapati mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata bungkusan tersebut tiba pada 4 Januari lalu dari Petaling Jaya, Selangor kepada satu alamat di Jalan Batu Kawa.
Bagaimanapun, bungkusan dikategorikan 'self collector' itu tidak dituntut dan disyaki membabitkan kegiatan pengedaran dadah.
"Hasil pemeriksaan mendapati alamat yang tertera dan nombor telefon yang didaftar tidak wujud menyebabkan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bertindak merampas bungkusan tersebut untuk siasatan.
"Siasatan awak ke atas bangkusan itu didapati terdapat satu kotak dan terdapat satu plastik di dalamnya yang mengandungi empat ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah ganja seberat kira-kira 2,100 gram (2 kg)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM4,000 kemudian dirampas dan dibawa ke Pajabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Padawan untuk siasatan lanjut.
"Usaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penghantar dan penerima bungkusan akan diusahakan," kata Aidil.
Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jeremy Lanson
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lor coureer pun satu hal main hntr je brg bodoh2.
Agaknya kalo org pos mayat pun dia pg hantar. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ...
apa tujuan dok pergi pos alamat tak betul... no tepon tak betul... courier jugak yang untung sebab dah claim duit pos
|
|
|
|
|
|
|
|
ada orang order kali nakalamat org pos ada sik?
mok sia dapat kesan sidaknya klk
|
|
|
|
|
|
|
|
bungkusan tersebut tiba pada 4 Januari lalu dari Petaling Jaya, Selangor kepada satu alamat di Jalan Batu Kawa. Hasil pemeriksaan mendapati alamat yang tertera dan nombor telefon yang didaftar tidak wujud
rasa nya alamat dengan no tepon orang yang pos bungkusan tu tipu ...
dan ...
rasa nya no tepon yang menerima tu tersalah tulis la kot ...
tak kan sengaja salah tulis
RM4k tu ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|