CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 0

Real Madrid Disingkir Kelab Divisyen Tiga

[Copy link]
Post time 21-1-2021 08:31 AM | Show all posts |Read mode
[
Tekanan kini semakin memuncak buat pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane. - Foto AFP/align]

Berita Harian

MADRID: Real Madrid mengalami kekalahan paling mengejutkan dalam saingan Piala Raja Sepanyol apabila juara bertahan itu disingkirkan kelab divisyen tiga, Alcoyano.

Alcoyano menewaskan skuad kendalian Zinedine Zidane 2-1 dan menyaksikan pemainnya dibuang padang dalam masa kecederaan.

Zidane memasukkan Eden Hazard, Karim Benzema dan Toni Kroos sebagai pemain gantian, manakala pemain Alcoyano Ramon Lopez dilayangkan kad merah pada minit ke-109 kerana mengasari Casemiro.

Alcoyano membuat kejutan dengan Juanan meledak gol kemenangan ke atas Madrid yang terus mempamerkan kemerosotan prestasi.

Selepas tewas kepada Athletic Bilbao dalam saingan separuh akhir Piala Super Sepanyol minggu lalu, Madrid dimalukan pula oleh kelab kerdil Alcoyano.

Dengan hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, kekalahan memalukan ini pasti menambah tekanan ke atas Zidane.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.046538 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list