CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2226|Reply: 1

Keusahawan Di Negara Cina

[Copy link]
Post time 26-1-2021 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat usahawan dari Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan usahawan Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.


Usahawan Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :

  • Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  • Jimat, jika tidak akan membazir modal
  • Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
  • Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
  • Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
  • Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
  • Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok Ketujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, anataranya ialah :

  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 12:19 PM | Show all posts
masyaAllah

tidak ku sangka

budaya "cheap labour" begitu diagungkan sehingga melupakan keadilan sosial dan juga hak asasi manusia

semoga Yang Maha Pemurah memberi rezeki melimpah ruah dan keadilan sosial dari segi bayaran gaji kepada seluruh warga dunia yang ditindas oleh mana-mana bangsa yang tamak tetapi hidup di atas rahmat Yang Maha Pemurah ini

Amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.076984 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list