View: 2662|Reply: 6
|
"Suka Hatilah Nak Buat Statement Di IG I" - Erin Bengang Dikecam Bekap
[Copy link]
|
|
Gara-gara ingin mempertahankan bekas suami yang dikaitkan dengan isu curang, bekas isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Dr Erin dikecam netizen.
Menerusi ruang komen di perkongsian Instagram Erin, 40, seorang pengguna laman sosial mengungkit semula kisah rumah tangga Da'i Farhan yang pernah menjadi kontroversi pada tahun lalu.
Kredit foto: IG
Menurut individu tersebut, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan bekas suaminya itu pernah berdepan dengan isu melibatkan kecurangan.
"Adil konon. Kalau adil tak ada ceraikan isteri yang masih tengah mengandung. Hukum hakam tu tak nak pertikaikan pula. Kalau sudah curang tu curang saja.
"Kalau sudah jadi perampas suami orang mengaku saja. Elok tak payah buat apa-apa statement. Nampak macam bodoh saja," tulis individu tersebut.
Sebelum ini, Erin menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang menyenaraikan bekas suaminya itu dalam kategori lelaki berlaku curang.
Malah, Erin turut memuat naik semula beberapa video kompilasi TikTok perbandingan antara lelaki curang dan setia yang direka oleh netizen.
Dalam pada itu, Erin menganggap individu yang suka mencari keburukkan orang lain dan tetap ingin mengetahui perkembangan orang yang dibenci mempunyai masalah mental.
Kredit foto: IG/mStar
"Suka hati la nak buat statement di IG saya. Anda tak suka duk mai jadi jelatang kat sini buat apa. Tak suka follow pula tu dinamakan mental sickness.
"Suka mencari keburukkan orang tapi tak sedar diri sendiri terlalu kurang ilmu kesian," katanya.
Erin berkahwin dengan Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 31, di Makkah pada November 2019 namun perkahwinan mereka berakhir pada April tahun lalu.
Perkahwinan Da'i Farhan dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ex wife terpakaa berkongsi senduk dah dipakai spesis mcm ni. Pompuan melayu zaman skeg ni mmg tak tahu malu jadi bini nombor 2 bini no1 tak tahu. Dahla kertu dik non tak sempak vaccine HPV kalau ye pun cari la yg muda dah vax. |
|
|
|
|
|
|
|
Jelatang tu apoo
Bahasa zaman biloo |
|
|
|
|
|
|
|
banyak masa janda anak lapan nak gigih online supaya kekal relevant. hehehe kalau iols la, malu kat anak dapat mak gile glamor. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dlu ad drama tajuk Jelatang ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
pehh filter sampai langit ke 7 |
|
|
|
|
|
|
|
pxlbb replied at 27-1-2021 09:34 AM
Jelatang tu apoo
Bahasa zaman biloo
Jelatang ni something yg kat tumbuhan yg bila kita tersentuh boleh jadi rasa gatal /miang
Mcm kes atas ni jelatang tu nak maksudkan jadi pengganggu/pengacau la kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|