Edited by piao at 3-2-2021 04:11 PM
Ada Apa Dengan Memancing?
Aktiviti memancing merupakan aktiviti luar yang sangat mudah dilakukan. Boleh dikatakan hampir semua golongan peringkat usia, taraf hidup dan kesihatan boleh melakukan aktiviti memancing. Malah, bukan sahaja lelaki, golongan wanita turut berkemampuan untuk mencuba hobi ini. Tahukah anda, mereka yang memancing lebih terdedah kepada cara hidup yang lebih sihat?
Lebih sihat Walaupun memancing kelihatan tidak memerlukan anda mengeluarkan banyak peluh, namun pencarian spot atau lubuk pancing yang baik memerlukan sedikit kerja keras untuk mendapatkan lokasi yang berbaloi sama ada mengayuh sampan atau bot, berbasikal ke lokasi pancing mahu pun trekking jauh ke dalam hutan. Aktiviti ini sebenarnya secara tidak langsung memberi kesan baik kepada kardiovaskular anda. Selain itu, pancingan layang atau flyfishing; salah satu cabang atau teknik pancingan, juga sebenarnya membantu wanita untuk melawan penyakit kanser payudara. Terdapat sebuah pertubuhan yang diberi nama Casting for Recovery, telah menggabung pendidikan kesedaran kanser payudara dengan sukan memancing sebagai satu langkah sokongan, terapi dan senaman. Pertubuhan ini menyatakan, pergerakan lembut dalam flyfishing menyerupai senaman yang diperlukan oleh golongan yang baru melakukan pembedahan atau rawatan radiasi untuk menggalakkan tisu lembut meregang. Kumpulan ini ditubuhkan untuk wanita pelbagai peringkat usia, rawatan dan fasa penyembuhan.
Sumber : https://www.umpan.com.my/ada-apa-dengan-memancing/
|