Peringatan Beli Tali Pancing Ikut Yard, Jangan Meter!
SOALAN:
Betul ke kalau kita mancing laut nak beli tali, kita kena cakap kat taukey kedai tu dalam yard? Sebab ada member bagitahu, kalau kita sebut dalam yard taukey kedai bagi harga murah. Kalau beli ikut meter akan jadi mahal.
JAWAPAN:
Betul! Memang betul la kalau kita beli dalam unit yard atau ela, pasti ia akan lebih murah berbanding dalam unit meter. Sifirnya cukup mudah… ini dia perkiraan untuk anda faham.
1 meter = 100cm
1 yard = 91.44cm
1 meter = 39.37inci
1 yard = 36 inci
Jika 1 meter tali berharga 10 sen, 100 meter bersamaan RM10.00. Dan jika anda membeli 100 yard, ia bersamaan RM 9.14. Jadi, saya tidak nampak sesuatu yang pelik jika kita beritahu taukey kedai dalam yard, kita akan dapat harga murah.
Namun anda hanya boleh membeli tali dalam perkiraan yard bagi tali pancing yang dijual mengikut ukuran saja. Bukan untuk tali pancing yang didatangkan dengan ukuran yang telah ditetapkan. Dan jika ada taukey kedai yang akan memberi harga lebih murah hanya dengan menyebut yard (tapi dapat 100 meter dan bukannya 100 yard), boleh pm kat kedai mana buat macam tu.