CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2357|Reply: 2

Tembikai, Labu, Keledek Bawa Rezeki RM32j Untuk 10,000 Petani Bachok

[Copy link]
Post time 13-2-2021 09:53 AM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Che Abdullah Mat Nawi berkata hasil tanaman terbabit dipasarkan kepada pembeli yang sudah tersedia di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta pasar raya terkemuka di seluruh negara. (Gambar Bernama)


FMT

BACHOK: Kira-kira 10,000 petani di pesisir pantai Bachok meraih pendapatan keseluruhan lebih RM32 juta setahun menerusi hasil tanaman tembikai, labu dan ubi keledek.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Che Abdullah Mat Nawi berkata lebih 90% daripada pendapatan itu adalah hasil tanaman tembikai di atas kawasan seluas 1,290 hektar yang diusahakan dua kali setahun dengan pulangan sekitar RM29 juta.

“Sebahagian besar mereka bekas penanam tembakau dan nelayan yang tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita pada Perasmian Memetik Buah Tembikai di Kampung Kandis di sini, hari ini.

Beliau berkata selebihnya membabitkan tanaman labu di kawasan seluas 77 hektar yang menghasilkan pendapatan RM2 juta dan tanaman ubi keledek sekali setahun di kawasan seluas 400 hektar dengan pendapatan sebanyak RM1 juta.

Katanya hasil tanaman terbabit dipasarkan kepada pembeli yang sudah tersedia di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta pasar raya terkemuka di seluruh negara.

Berhubung kekurangan bahan makanan haiwan dan kenaikan harga, beliau berkata kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana negara bergantung kepada import, namun kementeriannya akan memantau perkara berkenaan bagi memastikan harga tidak meningkat lebih tinggi sehingga membebankan petani dan penternak.

Atas faktor itu juga pihak kementerian katanya menggalakkan petani mengeluarkan sendiri makanan haiwan ternakan menggunakan sisa makanan seperti jagung selain menanam rumput jenis “napier” yang mudah ditanam.

“Kita akan menjalan kempen dan memberi kursus-kursus kepada petani tentang kaedah menanam rumput berkenaan dan kaedah memprosesnya untuk menghasilkan makanan terbabit cara yang lebih mudah,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 11:22 AM | Show all posts
tembikai kt kelantan dia panggil timun cina. kalau keledek di panggil adik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT.. bestnya jadi petani ni.. kaya and sihat..InsyaAllah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050288 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list