|
Bagi merancakkan ekonomi perlancongan Malaysia, disini disenaraikan cadangan beberapa tempat pelancongan bagi membantu ekonomi perlancongan diseluruh Malaysia yang terkesan teruk.
1. Zoo Negara
- Bagi yang berkeluarga bawalah keluarga anda ke Zoo Negara yang berdekatan bagi membangunkan semula sektor tersebut. Ini kerana zoo kita memerlukan sokongan rakyat bagi kehidupan binatang disana. Pihak zoo juga perlu memainkan peranan dengan mengiatkan promosi selepas PKP ini dengan menawarkan harga yang berpatutan beserta pakej untuk pelajar dan warga emas.
2. Theme Park
- Jika ada lebih bajet lebih dalam percutian bawalah keluarga dan kawan-kawan ke taman tema seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Ayer Keroh Waterpark, Waterpark Legoland Malaysia Resort dan banyak lagi.
3. Pulau Peranginan
-Selain anda ke Langkawi dan Perhentian. Jangan lupa untuk pergi juga ke Tioman, Pangkor, Redang, Rawa, dan Sipadan.
4. Tempat sejuk
- Selain Genting Highland dan Cameron Highland, jangan lupa singgah ke Bukit Larut, Bukit Fraser, Bukit Tinggi dan Karambunai. Alamilah suasana musim sejuk seperti diluar negara.
5. Taman Negara
- Bukit Cahaya Shah Alam, FRIM dan juga Gua Niah juga menarik untuk di kunjungi dan diterokai bagi mereka yang sukakan cabaran lasak.
6. Gunung
- Gunung Lang, Gunung Ledang dan Gunung Kinabalu merupakan aktiviti yang digemari oleh mereka yang sukakan cabaran dakian.
7. Sungai dan air terjun
- Paling jimat dan murah. Kebanyakkan tempat menarik ada di negeri Pahang, Perak dan Selangof bagi yang berminat dengan suasana sungai.
8. Muzium
- Jangan abaikan tempat ini, kerana salah satu perlancongan negara yang paling kurang promosi. Berikan didikan anak anda ke muzium negara sambil menambah pengetahuan mereka. Yuran masuk sangat murah.
9. Pusat Sains Negara, Petrosains, Aquaria, Planetarium dan Kidzania
- Jangan lupa untuk membawa mereka mempelajari sains dan mencari minat mereka di sini.
10. Sejarah
-Melaka dan Penang satu-satunya negeri yang kaya dengan sejarah. Jika anda rajin ke Perak singgahlah ke Pasir Salak dan Kellie Castle.
Rancakkan kembali ekonomi perlancongan yang sudah suram. Selain ke tempat air terjun anda juga bileh melawat taman bunga serta tasik untuk berkelah atau jogging. Ingat tu... Jika rasa harga naik melampau kita rakyat Malaysia boleh saja banned ke tempat itu walaupun niat kita hendak membantu ekonomi mereka tetapi jika mereka buat tahi jangan lupa untuk share. Ingat rezeki itu datang dari tuhan. Semoga sukses. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|