|
Edited by Aking at 23-2-2021 09:26 AM
Berita Harian
LONDON: Tottenham Hotspur melepaskan peluang untuk mengejar kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-2 di tangan West Ham United, di sini, sebentar tadi.
Keputusan di Stadium London itu menyaksikan pengurus Spurs, Jose Mourinho menerima nasib sama seperti pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang tewas 0-2 kepada Everton di Anfield, semalam.
Bagaimanapun, ia menjadi kemenangan bermakna buat West Ham apabila skuad kendalian David Moyes itu merampas kedudukan keempat liga daripada Chelsea.
West Ham kini mengumpul 45 mata selepas 25 perlawanan, dua mata di depan Chelsea yang jatuh ke tangga kelima.
Spurs pula menghuni tangga kesembilan dengan 36 mata, hasil daripada 10 kemenangan, enam seri dan lapan kekalahan.
Pada aksi itu, Michail Antonio meletakkan West Ham di depan seawal minit kelima sebelum Jesse Lingard menggandakan kedudukan buat tuan rumah, empat minit selepas bersambung babak kedua.
Sementara itu, jaringan tunggal Spurs disumbangkan Lucas Moura yang menyudahkan umpanan Gareth Bale pada minit ke-64. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|