Pemain Dortmund, Erling Braut Haaland (kanan) meraikan jaringan bersama rakan pasukan, Jadon Sancho dalam aksi bertemu Schalke 04 di Gelsenkirchen, Jerman, hujung minggu lalu. - Foto AFP
Berita Harian
BERLIN: Borussia Dortmund menerima hukuman denda 75,000 euro (RM368,686) selepas pemain mereka melanggar peraturan kebersihan Liga Jerman ketika meraikan kemenangan dalam bas pasukan sejurus kemenangan mengatasi Schalke hujung minggu lalu.
Liga Bola Sepak Jerman (DFL) mengenakan denda berkenaan selepas muncul rakaman pemain Dortmund meraikan kemenangan Sabtu lalu dalam bas pasukan tanpa memakai pelitup muka dan mengamalkan jarak sosial.
Kelab berkenaan menerima hukuman itu dan segera mengeluarkan kenyataan memohon maaf Ahad lalu ketika Jerman berada dalam perintah berkurung sejak November kerana COVID-19.
DFL turut melihat dengan mendalam insiden kira-kira 200 penyokong juga dibenarkan berkumpul di luar pusat latihan kelab untuk memberikan penghormatan terhadap pemain yang tiga dengan bas di Dortmund selepas kemenangan 4-0 itu.
"Memang pertembungan dengan tetangga ialah sesuatu yang istimewa. Begitupun kelab ada tanggungjawab untuk mengawal dan memantau peraturan yang ditetapkan," kata DFL dalam satu kenyataan.
"Semua perlawanan mesti berlangsung dengan mematuhi konsep kebersihan kesihatan terkini dan sah, termasuk ketibaan dan pelepasan pasukan". |