View: 2806|Reply: 0
|
Buang Posting Sindir iPhone, Samsung S21 Dijangka Hadir Tanpa Charger & Fon
[Copy link]
|
|
Buang Posting Sindir iPhone, Samsung S21 Dijangka Hadir Tanpa Charger & Fon Telinga
Jika anda ingat Apple sebelum ini menjadi topik hangat seluruh dunia selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menyertakan pengecas dan fon telinga untuk setiap pembelian peranti iPhone 12.
Keputusan tersebut kemudiannya menyebabkan Apple disindir hebat oleh syarikat-syarikat pesaing antaranya Samsung menerusi laman media sosial mereka.
Namun tidak lama kemudiannya, timbul pula rumors yang mengatakan Samsung juga akan mengikut langkah sama seperti Apple.
Laporan dari Korea Selatan menguatkan bahawa Samsung serius untuk mempertimbangkan perkara tersebut memandangkan kebanyakan pengguna mereka dilihat tidak menggunakan kepala charger yang diberikan sebaliknya menggunakan kepala charger sedia ada yang dimiliki dari pembelian peranti terdahulu.
Dokumen pensijilan beri hint
Terbaru mereka dilaporkan sudahpun bersedia untuk tidak menyertakan kepala pengecas dan fon telinga pada peranti flagship mereka, Galaxy S21.
Ianya mula diperkatakan selepas sebuah portal teknologi dari Brazil, Tencoblog melaporkan varian siri tersebut iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+, and Galaxy S21 sudahpun diluluskan oleh ANATEL Brazil untuk penjualan.
Mereka dalam masa sama turut mendedahakan dokumen pensijilan tersebut yang jelas menunjukkan bahawa pembelian Galaxy S21 tidak akan disertakan dengan pengecas dan fon telinga.
Samsung buat posting perli Apple
Yang lebih ketara apabila Samsung dilaporkan sudah pun membuang posting lama di media sosial yang memerli tindakan Apple untuk tidak menyertakan kepala charger dan fon telinga.
Mungkin ianya demi menjaga nama baik Samsung memandangkan mereka juga bakal mengambil pendekatan sama dalam masa terdekat.
Jika mengikut jadual, Galaxy S21 bakal dilancarkan pada suku pertama 2021 mengikut garis masa pelancaran produk menggunakan kod ‘S’ sebelum ini.
SOURCE: TECHRADAR
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|