View: 2949|Reply: 0
|
Terklik Status WhatsApp Hari Ini? Jangan Risau Tiada Godaman & Tiada Data Ya
[Copy link]
|
|
Terklik Status WhatsApp Hari Ini? Jangan Risau Tiada Godaman & Tiada Data Yang Akan Dicuri
Sejak pagi tadi kecoh di media sosial apabila ada yang mendakwa akaun WhatsApp pengguna akan digodam sekiranya mereka tanpa sengaja terklik Status WhatsApp dari WhatsApp sendiri.
Ianya mula menjadi tular selepas seorang pengguna Facebook, Amad Ewan memuat naik perkongsian mendakwa akibat dari menekan klik pada status WhatsApp tersebut akan menyebabkan data-data peribadi serta data akaun bank akan digodam.
Menerusi perkongsian sama, individu ini turut menyertakan satu video dari berita TV3 bagi menguatkan dakwaannya yang kejadian penggodaman tersebut benar-benar akan berlaku.
Berikutan itu, orang ramai khususnya mereka yang kurang celik dalam bidang IT mula ertindak menyalin hantaran berkenaan dan berkongsikannya kepada orang ramai sekaligus menimbulkan panik pada orang ramai.
Malah hantaran yang dilakukan individu itu sendiri sudah dikongsikan oleh pengguna lainnya lebih dari 50,000 kali.
Persoalannya, adakah dakwaan itu betul??
Sebenarnya tiada apa yang perlu anda risaukan. Sebaliknya jika anda menekan klik pada ikon WhatsApp tersebut ia akan menunjukkan siaran dan status dari pihak WhatsApp sendiri.
Menekan klik pada status whatsapp tersebut sebenarnya adalah sama seperti anda membuka status yang dikongsikan rakan-rakan anda yang lain.
Ya ia sama!
Berbalik kepada isu verified yang diperkatakan, status verified berwarna hijau yang terdapat pada sebelah kanan nama Whatsapp tersebut adalah sebagai ‘tanda’ bahawa ia adalah status perkongsian dari Whatsapp sendiri dan bukan dari pengguna palsu.
Secara ringkasnya tanda verified tersebut sama macam anda lihat ada pada akaun syarikat-syarikat besar atau selebriti di Instagram, Twitter, FB dan sebagainya.
Sebagai rekod, Whatsapp sebelum ini tidak pernah berkongsi status mereka dan ini merupakan kali pertama mereka berbuat sedemikian. Justeru perkara ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya dari manakah datang status tersebut.
Bagaimana pula dengan berita dari TV3?
Laporan dari Berita TV3 titu adalah berbeza dimana ia melaporkan bagaimana orang luar (stranger) boleh memasuki akaun WhatsApp anda jika anda dengan sengaja memberikan nombor TAC 6 digit kepada mereka yang kononnya dari pihak Whatsapp.
Ini kerana nombor tersebut adalah unik kepada pengguna yang menggunakannya sebagai sistem keselamatan yang dikenali sebagai 2 Factor Aunthetication (2FA) atau digelar Two-Step Verification di dalam Whatsapp.
Amaran mengenai perkara ini telah dikeluarkan MCMC pada 21 Januari yang lalu di laman Facebook mereka.
Jadi dengan penerangan ringkas ini, kami harap anda tidak perlu risau dengan perkongsian pengguna tersebut. Tiada apa yang perlu dibimbangkan dan usah terlalu panik.
Apa yang ada hanyalah siaran dari pihak WhatsApp untuk memberitahu pengguna tentang siaran terkini di blognya atau berita terbaru mengenai WhatsApp. Anda boleh lihat sendiri tangkapan skrin dari peranti kami tentang apa yang ingin disampaikan oleh pihak WhatsApp.
Ini kerana Whatsap pagi tadi telah berkongsikan Awal pagi ini, pihak WhatsApp telah berkongsikan Status mereka dalam aplikasi WhatsApp yang menekankan kepada isu privasi pengguna dan hubungan mereka dengan bapa syarikat mereka Facebook.
Sumber:https://www.buzzkini.com
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|