|
Aplikasi Waktu Solat & Gaya Hidup Muslim Milik Neelofa, TheNoor Kini Boleh Dimuat Turun
Jika anda ingat disekitar November tahun lalu, usahawan dan pengacara Neelofa ada mengumumkan yang dia sedang dalam proses menghasilkan aplikasi, The Noor.
Ia merupakan sebuah aplikasi gaya hidup muslim yang dilengkapi ciri-ciri seperti waktu solat, arah kiblat, alunan Al-Quran serta notifikasi laungan azan.
Kini, menerusi satu perkongsian di Instagramnya, Neelofa memaklumkan aplasik tersebut telah tersedia untuk dimuat turun.
“Aplikasi TheNoor akhirnya sudah boleh dimuat turun sekarang. Terima kasih tidak terhingga saya kepada pasukan dan rakan kongsi kerana menjadikannya satu realiti.
“Semoga anda semua akan menyukainya sama seperti yang kami lakukan” tulis Neelofa sebagai ruangan kapsyen.
Namun difahamkan aplikasi ini hanya sedia untuk dimuat turun oleh pengguna iOS sahaja dan pihaknya masih dalam proses menyediakan aplikasi berkenaan untuk pengguna Android pula.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|