View: 3205|Reply: 4
|
5 Sebab Kenapa Honda City Kereta Pilihan Ramai
[Copy link]
|
|
Semua orang pasti bersetuju kalau kami katakan kereta Sedan adalah kereta yang menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia.
Buktinya separuh dari 10 kereta terlaris bagi jualan tahun lalu adalah dari jenis ini manakala selebihnya pula dari jenis hatchback dan SUV.
Jelas antara faktor utama yang menyebabkan orang ramai memilih Sedan adalah kerana ia menawarkan aspek praktikaliti seperti ruangan kabin dan bonet belakang yang luas.
Bagi kategori ini antara model yang menjadi pilihan ramai tidak lain dan tidak bukan ialah Honda City.
Dengan kehadiran City generasi kelima (5th Gen) yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran tempatan baru-baru ini, ramai menjangkakan model Sedan Segman B keluaran Honda ini pasti akan meneruskan trend tersebut.
Nak tahu kenapa? Jom baca di bawah :
#1 Jimat petrol (EEV)
Ini yang paling utama. Jarang sekali kita terdengar ada pemilik City merungut kereta mereka kuat menggunakan minyak.
Sebaliknya ramai yang memuji dan bangga dengan penjimatan yang mereka perolehi, ini ternyata sesuai dengan status Honda City yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) sama seperti model kelas atasan Honda yang lain.
Secara ringkasnya penggunaan bahan api bergantung pada 4 pilihan varian yang ditawarkan iaitu 1.5L Petrol untuk varian S, E, juga V dan 1.5L e:HEV iaitu City RS.
3 varian petrol iaitu S, E dan V menawarkan 5.4 liter bagi setiap 100KM (5.4ℓ/100KM) manakala City RS menawarkan 3.77 liter bagi setiap 100 KM (3.77ℓ/100KM)
Dengan penjimatan bahan api sebegini, nak mengembara sejauh mana pun tidak lagi menjadi masalah!
#2 Reka bentuk yang menawan
Sekali pandang sesiapa sahaja pasti akan jatuh hati dengan City baharu ini. Ia bukan sahaja kelihatan moden namun City baharu ini tetap mengekalkan ciri kesederhanaan meski terlihat sporty. Situasi ini pasti mampu menarik minat sesiapa sahaja baik golongan muda mahupun mereka yang lebih matang.
Paling mencuri tumpuan pastinya bentuk luaran RS yang begitu garang dengan gril hitam berkilat, lip depan bercorak karbon dan diffuser pada bampar belakang.
Hadir dengan tiga warna wajib (Putih, merah dan Steel Metallic) untuk kesemua varian dan dua warna tambahan ( Hitam , Perak) bagi varian petrol, reka bentuk dalaman City bersama ciri-cirinya yang sentiasa menawarkan tahap praktikaliti terbaik dalam kelasnya pasti memikat sesiapa sahaja
#3 Prestasi
Dengan enjin baru 1.5 L DOHC i-VTEC berkuasa 121hp dan tork 145Nm + CVT, kami yakin varian petrol sememangnya menjanjikan prestasi yang memuaskan hati anda sebagai pengguna.
Varian V mampu memecut 0-100 KM/j dalam hanya 10.4 saat manakala varian S dan E pula hanya dalam masa 10.2 saat.
Namun jika anda mahukan pecutan lebih berkuasa dan lancar setanding kereta Segmen C dan D, varian RS yang dijana enjin i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) dengan kuasa enjin 98hp serta kuasa motor 108hp dan tork 253Nm disamping padanan e-CVT semenangnya harus diberikan perhatian.
Gabungan kuasa i-MMD dan sistem IPU juga membolehkan anda menukar mod pemanduan diantara EV, Hybrid dan Engine.
#4 Sesuai untuk orang bujang dan keluarga
Dengan rupa bentuk yang menggetarkan jiwa semua lapisan umur, City baharu juga menawarkan ruang kabin yang lebih lapang dan ruang bonet yang semestinya luas iaitu 519 liter sekaligus sesuai untuk anda yang masih bujang mahupun yang sudah berkeluarga.
Lebih menarik dimana ruangan kaki tempat duduk belakang kini lebih luas ditambah dengan penyaman udara untuk penumpang belakang yang kini ditawarkan untuk semua varian, perjalanan anda tidak kiralah secara solo, berdua mahupun bersama keluarga atau rakan-rakan pastinya lebih selesa dan nyaman.
#5 Ciri keselamatan yang terbukti
Meskipun dijual dengan harga yang berpatutan, Honda City tetap mengutamakan ciri keselamatan setanding kelas atasan. Ia boleh dilihat menerusi penarafan lima bintang bagi ujian ASEAN NCAP.
Buat mereka yang mempunyai anak kecil yang memerlukan penggunaan car seat ataupun booster, semua varian City kini dilengkapi fungsi ISOFIX yang pastinya menjadi keutamaan anda.
Selain itu pakej Honda Sensing juga ditawarkan untuk varian RS seperti Lane Depature Warning (LDW), Front Collision Warning (FCW), Adapative Cruise Control (ACC) dan banyak lagi.
Malah, RS dan satu varian dibawahnya iaitu varian V juga dilengkapi sistem kamera sisi Honda LaneWatch .
Semua ciri-ciri ini sememangnya adalah plus point buat anda yang inginkan kereta lengkap dengan ciri keselamatan kelas A namun dengan harga yang mampu milik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke sbb sedan luar negara paling murmur, dan voley blagak pakai keta jenama luar negara? |
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat bermanfaat, boleh dipertimbangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Sejujurnya, sangat kecewa dgn design & interior city baru ni |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 24-2-2021 08:32 PM
Sejujurnya, sangat kecewa dgn design & interior city baru ni
Sebab apa kecewa? Design ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|