View: 1522|Reply: 1
|
Perodua D55L Dilancar 3 Mac
[Copy link]
|
|
Perodua D55L dikatakan mengambil inspirasi dari model keluaran Daihatsu yang dipamerkan pada Tokyo Motorshow 2019.
Harian Metro
PERODUA D55L atau namanya yang belum diumumkan secara rasmi, Ativa bakal dilancarkan menerusi platform digital pada 3 Mac ini.
Ia sekali gus bakal menamatkan penantian bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak pertama keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build.
Perodua D55L yang tempahannya mula dibuka Jumaat lalu dianggarkan akan ditawarkan pada harga antara RM62,500 hingga RM73,400.
Model SUV kompak pertama Perodua itu ditawarkan dengan tiga varian pilihan iaitu X, H dan AV.
Perodua berkata, model terkininya itu akan menjadi model pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.
Ia juga menjadi model Perodua pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer seliter (km/l), terbaik dalam kelasnya.
Menurut Perodua, model berkenaan hadir lampu hadapan LED untuk semua varian manakala varian H dan AV dilengkapi adaptive driving beam, panel meter TFT 7-inci serta sistem infotainmen skrin sesentuh 9-inci dengan voice recognition.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, syarikat memperuntukkan perbelanjaan modal RM1.2 bilion tahun ini bagi memperkemaskan ekosistem perniagaannya di pasaran tempatan.
Beliau berkata, perbelanjaan sedikit tinggi berbanding RM1.06 bilion yang diperuntukkan tahun lalu, majoritinya untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan model baharu.
Katanya, sejumlah RM250 juta hingga RM300 juta pula akan diperuntukkan untuk pengembangan rangkaian jualan Perodua di seluruh negara bagi memastikan pelanggan jenama itu menikmati perkhidmatan terbaik.
"Tahun lalu, Perodua memperuntukkan perbelanjaan modal RM1.06 bilion, namun hanya menggunakan sekitar RM620 juta disebabkan penularan Covid-19 dengan beberapa aktiviti termasuk R&D, reka bentuk, studio dan kemudahan lain ditangguhkan ke tahun ini.
"Dari segi keutamaan susulan pandemik, kami masih memiliki masa. Aktiviti R&D dengan peruntukan hampir RM200 juta dan pengembangan rangkaian jualan hampir RM200 juta, kami laksanakan tahun ini," katanya dalam sesi taklimat dan pandu uji Perodua D55L di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, untuk 2021 saja, selain peruntukan pengembangan rangkaian jualan, Perodua juga memperuntukkan RM600 juta hingga RM700 juta untuk R&D dan pembangunan model baharu.
"Bagi peruntukan untuk pengembangan rangkaian jualan, kami bukannya akan membuka pusat baharu, tetapi lebih kepada menaik taraf pusat 1S (jualan) dan 2S (jualan dan servis) kepada 3S (jualan, servis dan alat ganti)," katanya.
"Kami melayan pengedar Perodua seperti rakan niaga. Sebagaimana Perodua berkembang, mereka juga perlu berkembang.
"Justeru, tahun ini, kami bercadang menaik taraf 25 peratus daripada 190 pusat di seluruh negara menjadi 3S," katanya.
Ditanya mengenai pembangunan kereta elektrik (EV), Zainal Abidin berkata, Perodua akan melihat objektifnya dari segi alam sekitar atau teknologi terlebih dahulu berdasarkan perkembangan sektor automotif negara.
Beliau menjelaskan, perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan memandangkan ia memerlukan ekosistem khusus serta hala tuju yang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|