Post time 2-8-2021 01:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Biarlah dia nk tunjuk mcm mana pon..tak suka scroll fast jelah..tunjuk bahagia dikatanya sebenarnya xbahagia kat dunia realiti..tak tunjuk pasangan kt socmed dikatanya ada masalah rumahtangga ke..serba tak kena dibuatnya..
Post time 2-8-2021 07:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 2-8-2021 01:50 AM
Posting biasa2 jah.. nak tunjuk, tunjuk.. tanak tunjuk takpo... tp jgn over menunjuk laki takut ke ...
Eh betul tu..kalau menunjuk sgt suami nye adalah terpaling mmg risiko nye dicaras lah..so awas lah ye..moga beringat semua..pencaras ni kadang org yg kita x sangka pon blh mencaras
Post time 3-8-2021 09:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by m.a.n.a.kautau at 3-8-2021 09:19 AM
cantthinkofany1 replied at 1-8-2021 05:04 PM
tetiba macam setuju sikit ngan manak...yes the ultimate is nawaitu....tetapi niat saje tak menghal ...
Indeed niat tak menghalalkan cara...tapi niat tuh tetap menjadi asasnya....
Sebab tuh manak sering persoalkan isu melorongkan sesuatu perkara/perbuatan pada keadaan yg BOLEH MENDATANGKAN FITNAH ...yg agama tuh sendiri menegah ....sepertimana sebesarnya tuntutan menegah memfitnah tuh sendiri...
kan???
athlete kita pampered...nak kena tunggu bulu jembut beruban baru disebut matang and hence peluang bercerah cerah to win medals..sedangkan athlete athlete pulau besar..bulu jembut belum tumbuh dah boleh jadi olympic champion...
hang bayangkan...
PS...manak loves water events.....terutama swimming and diving...tapi kerapkali kena tutup mata....sebab tak mahu kumpul dosa zina mata...sekdar dengar percikan air dan bunyi dive in kedalam pool jer...
alahaiii....simple je....manak tengok la event yg sama gender ngan manak....event berlainan gender...manak dengar je la komentar....percikan air will not be sufficient to satisfy your desire to know the result....
Cerita Fitnah (Bahasa Arab: قصة الإفك - "Qiṣṣatul Ifki" atau حديث الإفك - "Hadīth al-Ifk") merupakan sebuah peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad, iaitu pada bulan Syaaban 5H, yang melibatkan isteri baginda sendiri, Aisyah. Cerita yang tersebar luas ini diterukkan lagi dengan ketiadaan bukti yang memihak kepada Aisyah lalu menggemparkan seluruh bandar Madinah hingga baginda sendiri pasrah kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran. Cerita yang menyedihkan ini menyebabkan turunnya ayat 11–20 Surah An-Nur.
Hencewhy....cerita fitnah ni will never end as long as we are living amongst alive human beings....and who are we to judge whether it is fitnah or it is non-fitnah....as human we can't.....so sentiasa la kita berhusnuzon terhadap orang di sekeliling and terhadap setiap yg berlaku....petikan dari surah An-Nur ayat 11-20
(11) Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
(12) Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
(13) Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(14) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-uuNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu;
(15) Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
(16) Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
(17) Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(18) Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(19) Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
(20) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihan-Nya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
Post time 5-8-2021 04:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ntahla...tunjuk sikit takpa rasanya. Cuma jangan over sampai buat orang rasa iri hati atau terasa dgn kita. Penyakit Ain tu dapat dielak jika kita sederhana
Post time 23-9-2021 09:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aina_shaira replied at 29-5-2021 02:52 PM
me memang tak post kebahagiaan dekat media sosial, juga dalam private dan public.
me keep reverse o ...
Samalah kita uols
Seronok kan bila invisible gini hahaha
Tapi irl kita appreciate spouse sebaik baiknya, biarlah org x tahu
Yg penting spouse kita tahu betapa kita sayang kt dia tanpa perlu canang publicly