CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7195|Reply: 2

Dari Meja Mod Kepenggunaan

 Close [Copy link]
Post time 24-8-2004 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Kenaikan harga minyak selepas kajian menyeluruh
Tarikh: 17 September 2004
SUBANG JAYA 16 Sept. - Keputusan kerajaan sama ada untuk menaikkan harga minyak akan hanya dilakukan selepas isu tersebut dikaji secara menyeluruh, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal hari ini.

Beliau berkata, dengan itu pengumuman berkenaan kenaikan harga minyak tidak akan berlaku dalam masa terdekat dan harga minyak akan kekal pada tahap RM1.37 seliter.

``Perkara itu (kenaikan harga minyak) tidak betul dan pengumuman mengenainya tidak akan berlaku pada masa ini.

``Isu itu kini sedang dikaji dengan teliti untuk menilai kesan kenaikan harga minyak,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar Berada Pada Landasan Betul Dalam Undang-Undang dengan Pengurusan Aset Perisian anjuran Gabungan Perisian Perniagaan (BSA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina yang mengatakan harga minyak akan dinaikkan sebanyak 20 sen, menjadikan harga seliter RM1.57.

``Perkara itu tidak benar dan kalau ada pun kenaikan ia tidak akan setinggi itu,'' jelasnya.

Shafie turut menyentuh tentang kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin lalu mengenai peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia yang membebankan kerajaan dengan kos subsidi yang tinggi.

Abdullah dilaporkan tidak menolak kemungkinan harga minyak dinaikkan tetapi memberi jaminan bahawa kenaikan itu akan mengambil kira kebajikan rakyat.

Menurut Shafie, beban subsidi dan pengecualian cukai minyak berjumlah RM10.7 bilion setahun yang terpaksa dibayar oleh kerajaan boleh diperuntukkan untuk projek pembangunan yang lebih berfaedah seperti infrastruktur dan pendidikan.

``Dalam pada itu, kerajaan juga sedang mengkaji cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah beban subsidi itu selain kaedah menaikkan harga minyak,'' katanya.

Sementara itu, Shafie dalam ucapan perasmiannya berkata, Malaysia mampu meraih manfaat dari segi kewujudan pekerjaan berteknologi dan bergaji tinggi serta perniagaan inovatif sekiranya kadar cetak rompak perisiannya yang kini berada pada tahap 70 peratus dapat dikurangkan.

``Kajian industri perisian menganggarkan bahawa sektor teknologi maklumat (IT) di Malaysia, yang kini bernilai kira-kira RM8.36 bilion mampu bertambah dua kali ganda kepada RM16.72 bilion sekiranya kadar cetak rompak dikurangkan sebanyak 10 peratus.

``Selain itu, pengurangan ini juga akan mewujudkan 6,000 pekerjaan baru, meningkatkan pendapatan sebanyak RM3.8 bilion dan membawa masuk RM5.32 bilion kepada ekonomi,'' jelasnya.

Shafie menggesa semua syarikat dan rakyat supaya tidak membeli dan menggunakan perisian komputer cetak rompak dan tanpa lesen.

``Ini adalah langkah kecil yang boleh kita ambil untuk menggagalkan pengedar-pengedar haram ini,'' ujar beliau.


[ Last edited by kuppit on 21-9-2004 at 10:12 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2004 09:42 AM | Show all posts
Kesedaran pengguna di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat daripada peningkatan kes-kes yang telah difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna sejak kebelakangan ini. Pengguna pada dasarnya telah sedar akan hak-hak dan peranan yang harus mereka mainkan untuk menjadi seorang pengguna yang bertanggungjawab dan prihatin. Pengguna yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan yang tinggi dapat melindungi dirinya daripada pelbagai penipuan dan penyelewengan di pasaran. Kes-kes yang melibatkan penipuan, penyelewengan dan representasi palsu oleh pihak peniaga telah didedahkan oleh tindakan pengguna yang bijak dan bertanggungjawab.   

     Walaupun tahap kesedaran pengguna dilihat semakin meningkat, namun peratusan pengguna yang belum mempunyai pengetahuan kepenggunaan yang baik adalah masih tinggi, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Justeru itu, Kerajaan akan terus berusaha dari semasa ke semasa untuk memantapkan lagi pendidikan dan perlindungan pengguna di negara ini. Ini bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak dan tanggungjawab mereka, tetapi untuk mendedahkan peranan dan tanggungjawab pengguna di dalam sistem ekonomi dan sosial negara ini. Ianya juga untuk mendidik pengguna supaya bertindak berasaskan kepada kematangan fikiran dan seterusnya mampu membuat pilihan yang betul dan terbaik.  

     Kerajaan amat prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan pengguna negara ini. Kerajaan sedar bahawa pengguna merupakan asas segala kegiatan ekonomi. Pengguna mempunyai kuasa yang kuat dalam menentukan corak pengeluaran serta pembekalan barangan dan perkhidmatan. Ia juga boleh menghapuskan para peniaga yang tidak beretika, termasuk mereka yang mengabaikan hak dan kepentingan pengguna atau pelanggannya. Pengguna juga boleh berfungsi sebagai penggerak kestabilan ekonomi, keharmonian sosial, pencinta alam sekitar dan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan berwibawa. Setiap pengguna seharusnya dibekalkan dengan pendidikan pengguna yang berterusan kerana pendidikan pengguna adalah satu hak pengguna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2004 10:11 AM | Show all posts
Hari ini, skim 憌ang buat wang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055148 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list