CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1408|Reply: 0

Penyokong Valencia Serbu Akaun IG TMJ Minta Ambil Alih Kelab Mereka

[Copy link]
Post time 4-3-2021 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Berita Sampai Ke Sepanyol, Penyokong Valencia Serbu Akaun IG TMJ Minta Ambil Alih Kelab Mereka





Nama Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak beberapa hari lalu meniti di bibir peminat bola sepak selepas baginda dilihat ada memuat naik beberapa perkongsian di IG Story-nya mengenai kelab dari Sepanyol, Valencia CF.
Perkongsian Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ)  membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah baginda sedang dalam perancangan untuk mengambil alih kelab gergasi tersebut yang pernah memenangi enam kali kejuaraan liga utama Sepanyol, La Liga.


“Saya mahu mengembangkan empayar, melebarkan sayap dan bersedia dengan cabaran baharu’ membuatkan peminat bola sepak tanah air tertanya-tanya apakah beliau berminat untuk membeli kelab yang kini menduduki tangga ke-14 dalam liga utama Sepanyol.

“Apa yang diperlukan oleh Valencia? Kamu memerlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan, mempunyai keghairahan dan tahu apa yang diperlukan kelab besar seperti Valencia.
“Pertama sekali, kita perlukan orang bola sepak dalam kelab. Nokhtah,” tulis Tunku Ismail.
Tular ke Eropah dan dapat perhatian peminat Valencia
Kisah tersebut kemudian mula tular sehingga ke Eropah malah turut mendapat perhatian penyokong kelab Valencia sendiri.
Ekoran dari itu sebilangan dari mereka kemudian mula membanjiri ruangan komen di Instagram TMJ.
Yang menariknya adalah respon dari mereka yang dilihat teruja dengan perkongsian baginda dan meminta TMJ untuk mengambil alih kelab kesayangan mereka.




Namun Presiden Valencia, Anil Murthy semalam menafikan kelab mereka untuk dijual.
“Kelab ini bukan untuk dijual. Rakan sekerja memberitahu saya mengenai hantaran Instagram TMJ. Saya sudah bercakap dengan Peter Lim dan tidak ada petunjuk mengenai kemungkinan menjual kelab itu,” Anil dilaporkan berkata oleh Football ESPANA.


Sebagai rekod Valencia ketika ini sedang bergelut masalah dalaman khususnya membabitkan kewangan. Malah penyokong mereka juga sudah kerap dilihat tidak berpuas hati dengan pemilik kelab mereka iaitu Peter Lim, usahawan Singapura yang juga sahabat kepada TMJ.
Malah mereka juga sudah lama melancarkan kempen ‘Lim Go Home’ kerana percaturan Peter Lim sebagai pemilik dilihat gagal dan disifatkan bakal memusnahkan pasukan mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.398801 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list