CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22125|Reply: 12

M Nasir - Lagu Nurnilam Sari dicipta khas untuk pemergian isterinya

[Copy link]
Post time 4-3-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
M Nasir - Lagu Nurnilam Sari dicipta khas untuk pemergian isterinya


Al-fatihah kepada Loloq.

M. Nasir merupakan seorang penggubah lagu yang mementingkan konsep Nusantara dalam lagu-lagunya. Beliau mula menceburi bidang muzik dengan menulis lirik untuk album Alleycats iaitu “Terima Kasih (1979)” dan menubuhkan kumpulan muziknya sendiri iaitu Kembara. Beliau juga telah membuka syarikat rakaman muziknya sendiri iaitu Luncai Emas dan dari sini jugalah beliau menjadi lebih terkenal lebih-lebih lagi dalam penulisan lirik dan penggubah lagu.

“Lirik dahulu cukup mendalam. Kita rasakan betapa bingitnya kehidupan. Kerap kali, orang tua kita dahulu memang tak tahu apa yang kita sebenarnya buat dalam kita bergelar anak seni.” – M. Nasir, dipetik dari Berita Harian.

Penulisan lirik beliau amat mementingkan konsep metafora, analogi, dan puitis sehingga ramai orang cuba untuk mentafsir lirik-liriknya, ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya mentafsirnya. Jadi, mari kami bongkarkan beberapa lagu-lagu M. Nasir yang mempunyai maksud tersirat sehingga menjadi bualan peminat-peminat muzik.

Lagu Nurnilam Sari: dicipta khas untuk pemergian isterinya


Gambar M. Nasir bersama Isterinya. Imej dari Prahana Seni.

Mesti korang tahu lagu ini dinyanyikan oleh Awie bersama dengan kumpulan Search dalam album Bikin Wilayah (1996) tetapi sebenarnya lagu ini adalah kepunyaan M. Nasir. Lagu ini merupakan dari album Srikandi Cintaku (1999). Namun, lagu ini sebenarnya mempunyai kisah sedih yang pernah menimpa M. Nasir sendiri.

Pada 8 Ogos 1998, kita dikejutkan dengan pemergian seorang biduanita dari kumpulan Ideal Sisters iaitu Junainah Johari yang merupakan isteri kepada M. Nasir akibat penyakit lelah. Allahyarhamah Junainah atau nama panggilannya Nana, diserang penyakit lelah pada pukul 10 pagi lalu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Namun, beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Kalau korang nak tahu,  Allahyarhamah Nana menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak bongsunya iaitu Nur Nilam Sari yang berusia dua bulan. M. Nasir juga mempunyai anak lelaki iaitu Shafi’i, Hidayat, Ilham, dan Yasin. Bagi M. Nasir, Nur Nilam Sari merupakan pelengkap kepada keluarganya kerana mereka sebelum ini inginkan cahaya mata perempuan.

Pemergian Alllahyarhamah Nana sangat meninggalkan kesan kepada hidup M. Nasir, hidupnya dulu yang penuh dengan irama lagu dan kegembiraan tetapi digantikan dengan irama muzik hujan dan kesedihan selepas kehilangannya. Oleh itu, M. Nasir menciptakan lagu ini khas untuk kisah sedih ini dan Loloq sebagai penulis lirik.



“Nur Nilam Sari” , senyumanmu itu satu azimat! , lagu ciptaan M. Nasir dan lirik ditulis oleh Allahyarham Loloq”- M. Nasir, dipetik dari laman Facebook M. Nasir.

Sumber: Soscili



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila basi!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:19 PM | Show all posts
betul ke m nasir ni geng2 makripat hakikat telipat batiniah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nurnilam sari sjrg. Kat ig tgk anak baru ngan MM je
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu ni mmg layan. Muzik, lirik, melodi semua balance.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
X pernah nampak nurnilam... yg tunjuk anak ngan marlia je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2021 09:58 AM | Show all posts
syidasaleh replied at 4-3-2021 11:21 PM
Mana nurnilam sari sjrg. Kat ig tgk anak baru ngan MM je

dah lama da org tu ninggal syida
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 10:26 AM | Show all posts
rajamoney replied at 5-3-2021 09:58 AM
dah lama da org tu ninggal syida

yang meninggal isteri m.nasir nana bukan nurnilam sari.. nilam tu nama anak dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 10:48 AM | Show all posts
shaiy replied at 5-3-2021 10:26 AM
yang meninggal isteri m.nasir nana bukan nurnilam sari.. nilam tu nama anak dia..

ye ke
baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:15 AM | Show all posts
bukan dia buat untuk anak dia tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
rajamoney replied at 5-3-2021 09:58 AM
dah lama da org tu ninggal syida

Anak dia yg nurnilam sari tu meninggal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 07:56 PM | Show all posts
syidasaleh replied at 5-3-2021 07:44 PM
Anak dia yg nurnilam sari tu meninggal ke?

jap aku salah info ini rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik nama..Nurnilam Sari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.773896 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list