Setia Seorang Suami, Lelaki Menyelam Setiap Minggu Cari Isteri Hilang Ketika Tsunami 2011
10 tahun yang lalu, satu gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter telah melanda Lautan Pasifik. Ia kemudiannya telah menyebabkan tsunami besar yang pastinya menjadi igauan buruk kepada rakyat mereka. Dalam kejadian pada Mac 2011 itu, 18,500 nyawa dilaporkan terkorban termasuk mereka yang masih hilang sehinga ke hari ini. Namun seorang lelaki, Yasuo Takamatsu dari bandar Onagawa di Miyagi, yang telah kehilangan isterinya, Yuko dalam kejadian tersebut enggan mengalah dan masih setia mencari isterinya itu meskipun sudah lebih 10 tahun kejadian berkenaan berlalu. Malah demi memudahkan pencariannya Takamatsu yang kini berusia 64 tahun itu, sanggup mengikuti kursus menyelam sehingga berjaya memperoleh lesen menyelam dua tahun selepas kejadian.
Percaya atau tidak, dalam tempoh tujuh tahun, Takamatsu telah melakukan 470 selaman yang sudah menjadi rutin mingguannya di sekitar wilayah berkenaan. “Saya menyelam untuk isteri saya… jika saya dapat temuinya di suatu tempat. Saya selalu berfikir yang dia mungkin berada di kawasan yang berdekatan. “Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan ada mayat yang ditemui, jadi saya rasa amat penting untuk saya teruskan pencarian tanpa putus asa,” katanya. “Dalam mesejnya yang terakhir dihantar kepada saya, dia mengatakan ‘Adakah awak okay? Saya mahu pulang’. Jadi saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya mahu bawa dia pulang,” katanya lagi.
Yasuo bersama isterinya, Yuko dan dua anak mereka. Foto : Hiromi Tanou via BBCSelain melakukan selaman solo lelaki ini turut menyertai pencarian bersama pihak berkuasa dimana mereka setakat ini sudah berjaya menemui 2,500 jasad di wilayah itu.
Kehilangan insan tersayang terutamanya pasangan hidup pasti memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Lebih menyedihkan sekira Kehilangan seseorang yang kita sayangi bukan lah satu perkara mudah. Lebih-lebih orang pemergiannya tanpa khabar berita tanpa diketahui apakah nasib.
Sumber : Buzzkini
|