CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3481|Reply: 12

Zoo di Jepun gantikan landak dengan berus kerana cuaca sejuk

[Copy link]
Post time 11-3-2021 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Biasanya kita mengunjungi zoo untuk melihat haiwan-haiwan secara dekat dan bersemuka, tetapi zoo juga bertujuan untuk membantu pengunjung memahami kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia memberi kesan yang besar terhadap kehidupan dan kesejahteraan haiwan.

Selain itu zoo turut juga mengajar orang ramai tentang pentingnya pemuliharaan dan penjagaan haiwan di samping pengunjung dapat mengetahui latar belakang unik mengenai setiap haiwan ketika mereka berjalan di sekitar zoo.

Itulah juga yang ditawarkan oleh sebuah taman haiwan di Jepun walaupun ia tidak dapat mempamerkan salah seekor haiwannya kerana cuaca sejuk. Sebaliknya taman tersebut menggantikannya dengan objek yang kelihatan sama dengan haiwan itu.



Sebuah perkongsian di Twitter yang tular menarik perhatian ramai apabila taman haiwan yang terletak di Toyota City, daerah Aichi itu menggantikan landak dalam kandang mereka dengan sebuah berus.

Pada cermin kandang haiwan itu, pihak taman meninggalkan notis yang menjelaskan perubahan berkenaan. Notis tersebut menyatakan bahawa landak mereka tidak dapat dipamerkan untuk melindungi haiwan tersebut dari cuaca sejuk.

“Sebaliknya, perhatikan berus ini yang kelihatan tidak ubah seperti landak. Sila datang lagi apabila cuaca lebih panas. ”

Perkongsian gambar itu tular di Twitter dengan ribuan komen yang terhibur dengan cara taman berkenaan mengendalikan masalah tersebut.




SUMBER
TWITTER


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2021 01:21 PM | Show all posts
Benda biasa dikala musim sejuk melanda selalunya mereka letak anak patung berbanding berus
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha klakanya letak berus..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lah buat ada- ada dari tak de
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
asal ada iras2 bolehla tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 09:18 AM | Show all posts
aduhh... makanan boleh buat dummy.. tak kan la landak tak boleh buat.. kelakar betul laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya..tapi memang kalau nak dekat musim sejuk,banyak haiwan berdarah panas berhibernasi kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2021 11:02 AM | Show all posts
hahaha kena datang baliklaa nak tgk landak live
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sebijik pula tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Berus
Xtau nak kata zoo ni malas ke creative
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:14 PM | Show all posts
Boleh beza berus dengan landak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041546 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list