CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1091|Reply: 0

Melaka United FC kena potong mata

[Copy link]
Post time 19-3-2021 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Melaka United FC kena potong mata



Kuala Lumpur: Penat lelah 'membanting tulang' pemain Melaka United FC untuk mengumpul mata dalam saingan Liga Super ternyata tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka apabila pasukan itu dihukum pemotongan tiga mata kerana gagal menyelesaikan baki tunggakan gaji mengikut jadual yang ditetapkan.

Menerusi kenyataan media Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mesyuarat oleh badan bebas iaitu First Instance Body (FIB) yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara persidangan video bersama ahli jawatankuasa yang lain.

Menurut kenyataan itu, tiga kes dibincangkan iaitu membabitkan pasukan Melaka United FC, Sarawak United FC dan Kelantan FC.

"Berhubung kes membabitkan Melaka United FC, pasukan itu pada tarikh akhir pertama iaitu 31 Januari lalu berjaya membuat pembayaran daripada tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut pelan jadual pembayaran.

"Namun bagi pembayaran tarikh akhir kedua, Melaka United FC didapati gagal menghormati jadual pembayaran yang dipersetujui dan ditetapkan sekali gus dikenakan hukuman pemotongan tiga mata," katanya, di sini.

Sementara itu, FIB mengambil maklum usaha dan komitmen Sarawak United FC dan Kelantan FC dalam menjelaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka.

"Unit Pelesenan Kelab MFL akan terus memantau dan memastikan kedua-dua pasukan tersebut terus menunjukkan komitmen dalam menangani isu ini sehingga selesainya baki tunggakan berkenaan," katanya.

Sebelum itu, terdapat percanggahan berkaitan pembayaran tunggakan gaji Melaka United FC apabila menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik oleh Melaka United FC (MUFC) Sdn Bhd memaklumkan pasukan itu mengesahkan sudah membayar tunggakan berjumlah RM915,000.00 kepada pemain mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab terbabit, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, hutang berkenaan termasuk tunggakan gaji dan elaun pemain import musim lalu iaitu Uche Agba serta Curran Singh Ferns.

Namun, lain pula yang terjadi apabila Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menafikan kenyataan kelab bola sepak Melaka United FC itu yang mengakui sudah melangsaikan tunggakan gaji pemainnya.

Selain penafian yang dibuat oleh pemain, PFAM turut mengesahkan tunggakan gaji berkenaan masih belum dijelaskan dan ia sama sekali bercanggah daripada kenyataan MUFC itu.


Sumber :https://www.hmetro.com.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036696 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list