CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 0

[Sabah] Sabah Peroleh Pelaburan RM10 Bilion

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:34 AM | Show all posts |Read mode

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Datuk Dr Joachim Gunsalam (kiri) dengan Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexlis Malaysia Sdn Bhd, Shin Dong Hwan (kanan) di Kota Kinabalu, hari ini. - Foto BERNAMA


Berita Harian

Izwan Abdullah
[email protected]

KOTA KINABALU: Sabah hari ini menerima pelaburan bernilai kira-kira RM10 bilion menerusi tiga pelaburan berskala besar yang disasar dapat membantu melonjakkan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Projek pertama membabitkan pembangunan bercampur berkaitan pelancongan di Putatan iaitu Lok Kawi Resort City dengan nilai pembangunan mencecah RM7 bilion.

Ia diikuti pembinaan kilang pengeluaran kerajang tembaga bernilai RM2.3 bilion dan projek penanaman kelapa berhasil tinggi serta kilang bernilai kira-kira RM620 juta.

Ketiga-tiga projek itu dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Majlis Pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Inisiatif Pelaburan Asing dan Domestik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata projek Lok Kawi Resort City membabitkan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dengan syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd di tapak seluas kira-kira 160 hektar milik Yayasan Sabah di Meruntum, Putatan.

Katanya, projek itu memakan masa 15 tahun merangkumi pembinaan pusat peranginan, hotel, kompleks beli-belah, taman tema, blok komersial, pejabat dan perumahan dengan anggaran dapat menyediakan 5,000 peluang pekerjaan.

"Projek ini dapat melonjakkan persekitaran yang kondusif bagi sektor pelancongan, khususnya dalam menangani kekurangan jumlah bilik penginapan dan pusat peranginan di Sabah bagi menampung keperluan.

"Kita optimis sektor pelancongan di Sabah dapat kembali berkembang rancak sebaik pandemik COVID-19 ditangani.

"Projek ini dijangka menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan dan akan bertambah apabila beroperasi sepenuhnya kelak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan kilang kerajang tembaga untuk kenderaan elektrik dilaksanakan syarikat dari Korea Selatan, SK Nexilis, dijadual bermula tahun ini dan disasar siap pada 2023 dengan keupayaan menyediakan 500 peluang pekerjaan pada fasa awal.

Katanya, projek yang akan dibangunkan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) itu dijangka dapat meningkatkan penggunaan Pelabuhan Teluk Sepanggar dengan kadar 10,000 TEU setahun.

Bagi projek penanaman kelapa berhasil tinggi, Hajiji berkata, ia membabitkan pelaburan domestik Kumpulan Linaco bersama kerajaan negeri yang merangkumi projek penanaman kelapa seluas 4,000 hektar dengan nilai pelaburan RM420 juta dan pembinaan kilang pemprosesan kelapa dengan nilai pelaburan RM200 juta.

"Ini akan memberi manfaat menguntungkan dengan jangkaan pendapatan RM1.06 bilion bagi komponen projek langsung, manakala pendapatan komponen berkaitan sebanyak RM195 juta.

"Selain itu, sebanyak 4,550 peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada rakyat tempatan di Sabah," katanya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, pembabitan sektor swasta dan pelabur dari dalam dan luar negara menjadi antara strategi utama pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang akan dilancarkan pada akhir bulan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053020 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list