CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1587|Reply: 1

[Sarawak] PKPD Rumah Sewa Anong, Beverly Hills Tamat Hari Ini

[Copy link]
Post time 24-3-2021 09:34 AM | Show all posts |Read mode


Harian Metro

Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu, Sarawak ditamatkan hari ini, lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan pada Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes jangkitan Covid-19 di kawasan itu menunjukkan trend penurunan dan terkawal.

Menurutnya, KKM sudah melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 85 kes positif Covid-19 direkodkan.

"KKM mengesahkan baki kes positif di lokaliti itu menunjukkan trend penurunan, kluster adalah terkawal dan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 18 Mac lalu.

"Atas nasihat KKM dan penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pelaksanaan PKPD di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills yang dikuatkuasakan sejak 5 Mac lalu ditamatkan lebih awal daripada tarikh dijadualkan iaitu pada 25 Mac.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 10:00 PM | Show all posts
Syukurlah.. kwn sy ada yg tinggal kat sana..
Lepas ni kena ikut SOP dan yg penting kena jaga kebersihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044305 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list