CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19: Sarawak rekod kes harian tertinggi 426 kes dengan dua kematian

[Copy link]
Post time 29-3-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak merekodkan 426 kes positif baharu COVID-19 hari ini, kes harian tertinggi setakat ini dengan dua kematian.


Beliau berkata 45 peratus iaitu 191 daripada 426 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini dikesan dari operasi penutupan dan pemeriksaan dilakukan di Depot Tahanan Imigresen Semuja.
"Hari ini terdapat 426 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak.. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah daerah Serian (203), Bintulu (72), Kuching (41), Sibu (31), Miri (21), Samarahan (13), Julau (11), Song (8), Kapit (enam), Pakan (tiga), Sarikei (tiga), Sebauh (tiga), Sri Aman (tiga), Kanowit (dua), Meradong (dua), Betong (satu), Limbang (satu), Mukah (satu) dan Selangau (satu). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,869 kes.
"Hari ini juga menunjukkan jumlah kes tertinggi iaitu 426 kes positif yang dilaporkan (setakat ini), daripada 426 kes tersebut, 203 kes adalah di Serian di mana 191 kes dikesan dari operasi penutupan dan pemeriksaan yang dilakukan di Depot Tahanan Imigresen Semuja," katanya pada sidang media mengenai perkembangan kes COVID-19 di Sarawak di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kes membabitkan Depot Tahanan Imigresen Semuja, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 740 individu telah disaring kali kedua.
Beliau memberitahu daripada 740 individu terbabit 462 adalah orang kena tahan (OKT), 82 kakitangan Imigresen dan 196 kontak rapat.
Tambahnya daripada 740 tersebut, 462 didapati positif, manakala 82 kakitangan Imigresen, 194 kontak rapat, negatif dan  dua kes masih menunggu keputusan makmal.
"Sehingga kini, Depot Tahanan Imigresen Semuja telah menahan seramai 462 OKT dan dikuarantin dan disaring, dimana 433 orang didapati positif (94 peratus)
"Kes ini telah membuktikan bahawa virus COVID-19 ini semakin menular apabila tidak ada penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan. Inilah yang berlaku di Pusat Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.
"OKT yang duduk seramai 75 orang sebilik, perjarakan fizikal tidak diamalkan. Di sinilah virus ini senang merebak. Oleh sebab itu, dari 452 OKT atau 94 peratus didapati positif COVID-19," ujarnya.
Uggah berkata dari awal JPBN telah memberi nasihat kepada rakyat agar tidak berkumpul beramai-ramai dimana penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan.
Begitu juga, ujarnya prosedur operasi standard (SOP) ditentukan untuk aktiviti sosial dimana jumlah tetamu yang berkumpul dihadkan supaya penjarakan fizikal dapat diamalkan.
"Terima kasih kepada orang ramai yang telah mematuhi SOP ini...Malangnya, ada segelintir rakyat Sarawak yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Oleh itu, sejak Januari 2021, kita telah menyaksikan peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak adalah disebabkan aktiviti sosial termasuk upacara pengebumian dan majlis perjumpaan keluarga serta gotong royong.
"Sekali lagi saya ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya terus kekal mengamalkan SOP yang telah ditetapkan agar kita dapat mengekang penularan wabak COVID-19," katanya.
Beliau berkata pada hari ini 205 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj pada iaitu dari Hospital Sibu (53), Hospital Miri (32), Hospital Sarikei (30), Hospital Bintulu (29), Hospital Umum Sarawak (27), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (14), PKRC Betong (tujuh), PKRC di bawah Hospital Kapit (enam), PKRC Serian (enam) dan PKRC Mukah (satu).
Ini jelasnya menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini, seramai 12,834 orang atau 80.87 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Manakala, 430 orang disyaksi (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
Mengenai dua kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sarawak hari ini, Uggah berkata kes ke-102 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk dan masalah kesukaran bernafas.
Saringan ujian rT-PCR dibuat dan dikesan positif pada 2 Mac 2021. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, dan dislipidemia, katanya.
"Kes kematian ke-103 juga melibatkan seorang lelaki rakyat negeri ini berumur 63 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk dan masalah kesukaran bernafas.
"Saringan ujian rt-PCR yang dibuat dan dikesan positif pada 19 Mac 2021. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2021.
"Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang," jelasnya.

kredit : utusan borneo 28/3/2021






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.096277 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list